Tuesday, July 27

2021 Corona Virus

 Hai assalam semua. 


Beberapa tahun tak tulis blog rasa macam tak percaya pulak aku tulis blog malam ni. So semua macam mana. Ok?


OMG serious rasa macam eh kenapa pulak aku rajin nak tulis blog setelah sekian lama tak tulis blog. Erm sebenarnya aku ada masa lapang sekarang ni. So aku rasa ini masa yang tepat to be back here. (*_^)


Ok firstly, our world collapsed since 2020 because of Corona Virus. Katanya virus ni datangnya dari negara China. Hurmm tak silap aku virus ni mula dikesan kat China bulan November ke December 2019 cenggitu. Pastu start masuk Malaysia tahun 2020. Bulan 3 tahun 2020 Malaysia dah start buat total lockdown. Tak semena mena jalan raya semua kosong. Polis dah start jaga kat jalan raya and no one is allowed to go out except those yang ada surat from majikan. And of course yang kerja dalam essential services je boleh gi keje macam biasa. Yang not essential (tak penting) kena kerja dari rumah (Work from Home).


Kalau korang pernah baca entry aku sebelum ni tentang aku rasa give up nak study tu, actually November 2017 aku officially quit from UM and a month after that aku dapat kerja as Customer Service agent. Pasal kerja tu nanti aku eloborate next time. So overall last aku keje March 2020 pastu aku apply untuk full time study balik. 


Tak sangka aku akan kembali as a student back sebab yela sebelum ni dah elok-elok keje. Tapi aku bersyukur jugak sebab ni antara salah satu doa aku yang dikabulkan Tuhan. After aku quit uni, memang rasa tak leh move on sampai aku pernah pegi fakulti sebab aku rindu. So yeah now, I am back to uni life hehe. My goals now it's okay to be late to finish degree as long as I have a degree one day. Korang semua tolong doakan supaya aku dapat habiskan study kali ni dengan berjaya ok? Hehe..


Ouh berbalik pada Corona Virus tadi, aku dah ambil vaksin tau. Alhamdulillah mama, aku, adik aku dah ambil vaksin.. Tapi kitorang belum completed yang second dose punya. Bulan Ogos ni Inshaa Allah kitorang akan completed the second dose. By the way, korang pun jangan lupa mendaftar vaksin dekat MySejahtera and https://www.vaksincovid.gov.my/ supaya dapat kurangkan risiko terdedah kepada kematian disebabkan Covid-19.


Latest info dari Mysejahtera app:

Kes Baharu                 : 16,117 (as of 27/7/2021)

Kes kematian terbaru   : 207


Kes mendadak naik walaupun sekarang ni dah masuk PKP kali ketiga. Katanya kes naik disebabkan kerajaan bukak kilang-kilang. Tak tau nak cakap apa lagi. Hopefully kes makin berkurang dan dapat 0 kes macam pernah dicatatkan 1 Julai 2020 yang lepas.


Tengok ni mama aku cute kan? 😃


Pada aku, lebih baik korang amik je vaksin ni sementara free of charge. Nak tahu tak, dekat Thailand rakyat dorang kena bayar tau untuk dapatkan vaksin. Kita ni kira bersyukur lah dapat free tapi tak tau lah kan masa akan datang kot kot kena bayar. Btw aku dapat Pfizer, mama aku pun. Nenek aku and adik aku dapat Sinovac. Huhu mak cik aku and sepupu aku yang tinggal kat Selangor pun dapat Sinovac. 


Alang-alang dah citer pasal Corona ni, citer jela pasal vaksin. Kesan sampingan vaksin Pfizer pada aku tak teruk sangat. Cuma aku rasa mengantuk yang amat sangat within 2 hari after took it. And aku tak rasa nak makan banyak macam selalu. And of course rasa sengal sengal ubi kat bahagian yang disuntik tu. Demam teruk takde cuma ada rasa suhu meningkat sikit hurmm tu jela. Disebabkan aku payah nak makan ubat, aku just amik Paracetamol sebelah setiap hari selama 2 hari wkwkwk. (instead of sebiji)😂


Lepas ni aku nak gi PPV pakai jubah lah. Haritu aku pakai blouse and Skirt labuh. Yela, jodoh ada dimana mana haruslah ada effort walaupun nak ke PPV je pun huhu..Kalau korang takde idea nak pakai apa, apa kata korang pakai skirt pleated. Sekarang kan tengah in pleated Skirt. Korang boleh usha kat IG : lovellaa_bynanako untuk shawl, tudung, and pleated skirt yang trendy.


Rasa kesian dengan ibu bapa yang duduk kat kampung tak dapat jumpa anak-anak sebab PKP and all that. Raya pun ada yang 2 tahun dah tak jumpa sesama ahli keluarga. Aku doakan supaya Covid-19 ni diangkat keluar dari bumi. Semoga Tuhan permudahkan urusan kita terutama yang terkesan disebabkan pandemik ni. Dan untuk yang sakit dan berjuang, disembuhkan. Tak lupa untuk frontliners kita yang tetap semangat dari mula pandemik sampai sekarang. Dan yang paling aku tabik sekali, Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri DG Hisham yang bertungkus lumus memastikan ada penurunan angka pesakit covid.


Sama-samalah kita menjaga SOP dan teruskan berdoa agar Corona Virus hilang dari muka bumi ni. Aamiin.


Thanks korang sebab baca. Harap dapat bagi input sedikit sebanyak.


Jumpa lagi dalam next entri. Bye.

XOXO, Nanako 💜


Saturday, December 22

Hanbing Bingsu Bangsar

Hai uolss. Dah nak dekat minggu terakhir 2018 baru iolss berkesempatan nak menaip. Haha.. Ok, kali ini, entri tentang Hanbing Bingsu dekat Bangsar. 

Bingsu? Bingsu tu apa? Haa.... ni nak habaq mai. Bingsu ni dalam bahasa Korea. Dalam Bahasa Melayu, Bingsu macam air batu campur atau ABC. Aku ni bab bab makanan yang ada kena mengena dengan Korea ni memang aku cepat teringin muehehehee...

So, nak dijadikan cerita.. Aku memang dah siapkan wish list aku nak pergi mana and nak makan apa untuk tahun 2018 ni. Antara salah satu wish list aku adalah nak pergi makan Bingsu dengan kawan aku.

Sebab kawan aku ni student lagi, and memang niat aku nak belanja dia. So here we go.



Aku order yang ni, namanya : Blueberry Snow Ice Cheese.

Sedap memang sedap la kan. Harga dia RM26.

Tekstur Bingsu ni memang terbaik la. Ditambah pulak dengan buah blueberry, pastu topping ice cream lagi and ada macam biskut cheese lagi. 

Berbaloi kalau korang pegi. Boleh share dengan kawan-kawan. Kalau jenis tak pelahap, share 4 orang pun boleh. Macam aku ngan kawan aku sorang ni, jenuh gak nak menghabiskannya.

Kitorang punya la tak nak beratur (sebab baca review and blog orang lain) kena beratur la apa la, so kitorang decided untuk pergi awal. Lupa pulak kitorang pergi hari apa, tapi sebelum cafe tu bukak kitorang dah sampai dah. Dalam pukul 12 PM. Haha masa tu pekerja kafe tu pun baru nak set up meja and kerusi. Tak memasal kitorang sampai awal sangat. Nasib baik la ada satu 2 group lagi (Orang lain) yang datang jugak so takde la nampak macam weolss je yang excited.

Aku teringin nak makan yang Mango Snow Ice (RM26) tu, tapi kawan aku tak makan mangga la pulak. Aku ingat dia nak pilih Strawberry Snow Ice Cheese (RM28), eh tak jugak.. Sebab dia kata takut masam (sebab beberapa hari sebelum tu dia makan Strawberi masam adehh...Ikut kan jela kemahuan mu nakkkk...Hehehe..

Selain perisa yang aku sebutkan, pilihan lain :

-Oreo Snow Ice (RM24)
-Injeolmi Snow Ice (RM22)
-GreenTea Snow Ice (RM24)


Selain tu, korang jugak boleh order makanan and minuman. Macam kawan aku haritu dia order Kimbab. Dia konon-konon nak take away tapi sebab kelaparan dia makan kat situ jugak.


Acah-acah sweet gitteww


So korang tu, apa tunggu lagi. Perfect sangat la kalau korang nak dating ke bawak awek korang yang merajuk tu ke kat Hanbing Korean Dessert Cafe ni.


Tempat dia pun nice uolss. Bersih and cantik. Tengok ni, aku boleh siap mirror selfie lagi. 




Actually lepas kitorang makan Bingsu, kitorang pi makan Boat noodle pulak. Ok entry pasal Boat Noodle aku taip lain kali lah ye.


Ha setakat tu jela aku menaip. Yang penting one of my wish list dah terlaksana. Thanks Chingu for hanging out and spent time together. I'm so happy to have friend that can accompany me to eat. More wish list on 2019. 

Till we meet again. Xoxo. Love ya.



#KoreanBingsu #HanbingKoreanDessertCafe 

Wednesday, March 28

MRT Station

I usually use public transport to go to work. Basically because I still did not have my own transport. But, using public transport is easy. No worries.

So, what I used everyday to go to work is LRT and MRT. I am familiar using LRT before this, but for MRT I started to use MRT this year. 

For me, MRT have bigger space compared to LRT. So comfortable and nice. For weekdays, usually you just have to wait for average 2 until 3 minutes to next MRT to arrive.

But it takes longer in weekends. Maybe 7 to 8 minutes for 1st train to arrive.

In weekdays, the LRT and MRT station are crowded with people especially workers. If I am late, I usually just stand in LRT. There are also days where I don't want to sit although there are seat there.

So just for advised, there are many CCTVs there so you better don't eat both in LRT and MRT. Please please please. 

Do not use loud speaker, high volume of music, and not to forget, please do not distract people with your loud voice. Not everyone wants to hear your story LOL..

Alright that's all for today. So I think it is an awesome experience and makes my work journey more easier to use LRT and MRT. Haha but actually, because I always come out late from my house, so everyday i have to walk faster to LRT station and even run to escalator so that I dont missed MRT. Lels. It makes me sweat. Huhu.. I better be more alert to time.. hehe.

So, here is my daily routine in MRT to Sungai Buloh. Check out this video.


Thank you readers. And do subscribe my youtube Channel. Lot of loves. @nanakochan_