Friday, October 30

Goodbye PoliPd

Alhamdulillah. 

Semalam tamatlah paper yang terakhir untuk semester yang terakhir and tahun yang terakhir kitorang kat Polipd. *Sobsob*

Berakhirnya peperiksaan bagi Subjek Business Marketing maka berakhirlah jugak pelajaran kami kat sini. Hurm, why so sad Nanako~ (T_T)

Tak terasa bergeraknya waktu. 3 tahun kitorang tempuh. Cabaran, dugaan.. Itu biasa bagi seorang pelajar.. Bagi aku, itu semua akan jadikan kita lebih kuat, inshaa Allah..

Macam-macam pengalaman aku dapat and belajar sepanjang ada kat PD ni.
Aktiviti MSK (orientasi semester satu), pergi Pusat Islam setiap Selasa and Khamis, pergi sukan kamsis, pergi seminar and banyak lagi aktiviti kat Poli.

Seronok ada kawan-kawan untuk pergi kelas sama-sama. Pergi beli barang sama-sama,lepak kat library, roundabout, DP.. I will miss these moments...

Kamsis Politeknik Port Dickson. Tempat aku berteduh, makan, belajar haha..
Waktu ni pedeksen tengah Jerebu so nampak macam New Zealand sekejap ;)

So happy dapat duduk asrama sebab ada kawan-kawan. Even banyak peraturan and cam penat sikit pun tak kisah. Lagi lah bila yuran tersangatlah affordable. So as a student boleh jimat kat situ hehe..

Ni pulak waktu malam siswa siswi. Aktiviti ni untuk meraikan bebudak kamsis especially budak sem satu. So nak vogue kebaboom meletup pun boleh waktu nie. . Ai pakai baju kurung jer. Simple tak? Haha takpe dah sem 6 :-p

Tema waktu tu the grand royale. So ramai pakai warna Kuning termasuklah ai..
Yang minion pun ada and rasa macam perhimpunan Bersih pulak bila dipenuhi dengan kekuningan malam tu. Ada jugak yang pakai baju kamsis. Its ok. Mengikut tema lah tu (Kuning + Hitam). Benda biasa waktu malam siswa siswi adalah berlakon, buat lawak, tayangan video, nyanyi-nyanyi, and banyak lagi. Best walaupun sakit pinggang duduk berjam-jam kat Dewan Wawasan tu muehehe..

Penantian yang ditunggu telah tiba. Tapi sebaknya ada sebab kena tinggalkan kawan-kawan semua. Bila boleh jumpa lagi agaknya. Takpelah, dorang selalu ada dalam ingatan ai. I loVe them so much. #Heartheartheart.

Goodbye PoliPd terchenta. 

PoliPd is satu tempat special bagi aku. Terima kasih PoliPd. All the lecturers is so kind and helpful. Terima kasih sahabat, kawan-kawan. Ada rezeki kita jumpa lagi.

Sekian. 
Salam terakhir dari Port Dickson. 


Friday, October 2

Test, Quiz, Mini Project and other assignment

Assalamualaikum buat pembaca budiman. Selamat hari Jumaat. Penghulu segala hari. 

Alhamdulillah, dapat kita jalani hari sekali lagi. Diberi peluang oleh yang Maha Kuasa untuk menghirup udara di bumi ini. Melihat keindahan alam, bumi yang menghijau, laut biru yang nyaman. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

Tak terasa berjalannya waktu. Disebabkan assignment yang menggunung, baru hari ni sempat update blog kesayangan nie. .hehu..

Minggu nie banyak kuiz and ada test. Jadi masa banyak dihabiskan untuk baca nota and mereput di bilik. Haha, ... The haze is coming back. So, baiklah kiranya duduk diam-diam di kamsis sahaja kwang3x...

Bagus jugak lah bila ada kuiz and test semua. Sebab kalau takde, tak terusik la nota-nota tu. Adat lah bila ada kuiz or test baru nak cari nota untuk baca. Kalau hari-hari biasa memang tak berapa nak rajin lah nak baca. 

Kuiz selalunya ambil masa 15 minit. Test pulak sejam. Dulu masa semester satu kuiz keluar soalan objektif jer, bila dah semester 5-6 dah asyik keluar soalan subjektif jer. So effort tu kena lebih sikit..huhu.. 

Macam hari ni, ada kuiz untuk subject Business Marketing. Business Marketing nie tentang pemasaran perniagaan bagi pembeli industri. Means macam barangan berteknologi tinggi like machines, barang-barang industri lah.. So agak susah sebenarnya sebab nak kena bayangkan barang-barang yang jarang kita beli. Kalau untuk Consumer market senang sikit. Just barang-barang harian macam makanan, pakaian dan sebagainya. So nak imagine roti, baju, kasut tu senang lah. Ni, BM , dah terpaksa fikir amende la barang industri erk? Ok da takde idea haha...Dah tak boleh nak fikir dah. Ok next..













Ni lah handout yang lecturer bagi untuk kelas. Menyenangkan sebab tak perlu beli buku. So pergi kelas bawak nota cenggini je. Beg pun tak berat macam waktu sekolah dulu wakaka..

Bagi aku, apa yang lecturer cerita, aku tulis jer. Tak sempat nak analisa betul ke tidak sebab takut tak sempat nak salin. Hehe..Selalunya, contoh yang dorang bagi time kat kelas lah aku jadikan contoh jugak waktu final exam. So dalam kelas muka berkerut salin nota punya pasal and sedang interpret kata-kata lecturer. So jangan salah faham yep pada Cik Senah kalau tengok muka den macam singa or serious sangat. Bukan tak nak senyum. Tapi, erm, erm, erm, susah lah nak cakap..

Minggu depan pun ada kuiz and test lagi. So kurang rest.. (Takpelah pasni rest selama mana aku nak pun bole) sebab dah tamat study kat sini. Erm, harap-harap ada study week. Den nak balik. Hope boleh study kat rumah. Jangan aku study TV sudah lah. Tapi kalau study kat rumah tu satu dugaan. Dugaan TV. . channel 391, Hlive lagi oh my God..Dugaan dugaan.

Final pun lagi beberapa belas hari jer. Oh Tuhan. Berilah kesedaran kepada hamba Mu ini yang masih tak sedar-sedar final nak dekat. May Allah ease everything for us. Semoga Dia beri jalan pada kita yang nak ambil exam nie. Inshaa Allah.

Till we meet again readers. Thank you. Saranghaeyo.

Wednesday, September 16

Fight Song Lyric


Yuhuuu... Hai ^_^

Lately aku selalu dengar Lagu dari Rachel Platten : Fight Song.
Lirik lagu ni sangat memberi inspirasi kat aku. Rentak dia pun best. Rasa nak menari pulak bila dengar lagu nie...heee..

Alkisah lirik lagu ni dari perspektif seorang Nanako.
Ehem, (batuk sekejap) :D
Bagi aku, Bagi aku la kan..

Kita bukan bertarung dengan orang lain. Tapi, kita bertarung dengan diri sendiri. Kata-kata orang tu satu hal. Mulut tempayan memang boleh tutup, mulut manusia ni tak boleh. Yela, pahal pulak kau nak tutup mulut orang, kau sendiri menguap kadang tak tutup mulut... Nak tolong tutupkan mulut orang pulak. Ha, terasa la tu hahaha..(just kidding). Ok, Tak lawak takpe. Huhu..

Entry malam ni takyah panjang-panjang kot..Coz dah malam and terasa seram pulak time menaip ni. Ok, fikir positif nana. 

K la, ni i belanja lirik Fight Song. Boleh nyanyi sambil tengok lirik.










Rachel Platten-Fight Song

Like a small boat
on the ocean
Sending big waves
into motion

Like how a single word
Can make a heart open
I might only have one match
But I can make an explosion

Chorus :
 And all those things I didn't say
Wrecking balls inside my brain
 I will scream them loud tonight
 Can you hear my voice this time

#
This is my fight song
Take back my life song
Prove I'm alright song

My power's turned on
Starting right now I'll be strong
I'll play my fight song

And I don't really care if nobody else believes
#Cause I've still got a lot of fight left in me#

Losing friends and I'm chasing sleep
Everybody's worried about me
In too deep
Say I'm in too deep

And it's been two years
I miss my home
But there's a fire burning in my bones
And I still believe 
Yeah I still believe

Chorus :, #, 
A lot of fight left in me

Like a small boat
on the ocean
Sending big waves
into motion

Like how a single word
Can make a heart open
I might only have one match
But I can make an explosion

#
Now I've still got a lot of fight left in me

Sunday, September 13

Final Year Project

Kat luar tu jerebu so kita dok diam-diam je dalam rumah or bilik k?
Disebabkan jerebu, kat Twitter dorang tweet pasal tak nampak jodoh sebab jerebu, tak nampak KLCC tapi nampak awak (ayat tak boleh blah) huhu..
Aku ni ha? Tak kisah la jerebu ke tidak, dah lama tak nampak jodoh aku... huhuhu..

Last Thursday, DPR6A and DPR6B which is my batch, done our presentation for Marketing Project. Lega beb sebab dah tak payah memikirkan presentation, report.. Kitorang kena buat marketing plan untuk satu produk nie but agak struggle sebab info pasal produk ni kurang. So untuk tak terlalu tension, we just do our part. Kitorang rasa dah buat yang terbaik dah..

Skop marketing plan kami : PRODUCT, PRICE, PLACE AND PROMOTION.
Untuk packaging, kitorang pilih warna ungu dan gold untuk mencerminkan produk premium dan berkualiti. 

Nervous kot waktu nak present tu. Tapi i maintain senyum je sebab nak hilangkan gelabah hehehe.. Lama gak weolls present, nak nak penilai tanya soalan yang mencabar. Berpeluh jugak lah nak jawab, tapi dorang la bukan iollss. I da gugup dah waktu tu :-p

Abez je present, hmmm apalagi...SELPIAQ la dengan group members.


Amik kau macam-macam gaya ada. Especially CEO (yang lelaki tu) haha..
Nasib gaya terbang takde ^_^

We put a lot of effort during this project. Sampai kena ambik short sem bagai. Hmm memang mengganggu plan aku nak tengok citer Korea waktu cuti sem T_T.. Tapi nak buat cane dah nie project akhir so kena la ikut kata pengarah, kata lecturers...Ada tu yang tak cukup tidur, yang tak tidur pun ada!! See? Macam-macam kitorang kena lalui untuk FYP nie huhuhu..

Even tak menang, tapi group kitorang reda. Kata lecturer, MENANG tu bonus. Yang dapat saguhati pun menang jugak dia kata. Menang hamper...
At least semua group dapat hadiah. 

Kalau nak tahu, my group members (yang perempuan), kitorang dari sem 1-6 buat assignment sama-sama. Tutorial exercise, problem scenario, mini project semua aku buat dengan diaorang. Dorang rajin gila. Rajin pegi kelas. Cepat buat kerja. So, aku pun terikut la sikit-sikit. (kalau dulu aku memang malas pegi sekolah)..Tapi bila masuk Poli, and jumpa dengan dorang, barulah aku insaf sikit haha..Thank God I met them.

Nasib program penyampaian hadiah tak lama. Gue dah kelaperen dah waktu tu..Tak sempat nak sarapan coz kena datang awal sebelum pukul 8 pagi untuk buat persediaan. Poli yang baik hati bagi kami roti and air. Dapat la alas perut. Nasib baik tak bagi Nasi Lemak. Kang ado yang mengantuk tongah-tongah present tu kang..


Ok, dah abis present so boleh relax and boleh focus untuk final exam. Mak cik ni ha tak study lagi untuk final. Lecturer tanya pasal chapter 1 sampai latest den krikkrik lagi (sambil buat muka blur)..


Moral kat sini, tak menang takpe janji kita dah berusaha. 


Doakan i dapat buat yang terbaik untuk final exam. Kalau dapat 4 flat lagi bagus alhamdulillah. Amin.. Chahyuk2,. Fighting!!!


Saturday, September 12

Malacca Trip

Hai uolls. Nak cerita kat uolss ni pasal Malacca Trip ai dengan my close friend kat PoliPD ni which is Kak Seri and Faz Sweet. Kitorang pegi Melaka dah lama dah dalam bulan 8 haritu tapi iollss pelupa so tak hengat nak updates ngeee...

Hmm, kitorang pegi Melaka sebab nak jalan-jalan cari makan and jalan-jalan cari pasal hahaha.. Ouh takla sebenarnya kitorang nak mencipta kenangan untuk semester terakhir kat PoliPD ni ha. Maklumlah pasni kan mungkin dah tak jumpa lagi. Huhuhu..


Kitorang pegi dari pagi sampai ke malam. Dari asrama pukul 8 camtu dah gerak keluar then gi sarapan penuhkan perut dulu sebab perlukan tenaga yang banyak untuk berjalan. Aku siap pesan kat diorang lagi supaya buat regangan kaki. Nanti takdelah kena cramp ke apa... Chewah excited giler nak gi jalan-jalan..^_^


Kitorang sarapan kat Taman Poli lorong 6 and guess what rupanya tempat yang kitorang pegi tu betul-betul sebelah rumah sewa aku masa sem dua dulu. Huhuhu tapi aku rasa acik yang buat roti canai tu pun dah tak kenal aku.. Sedap la roti canai dia. Kenyang perut aku alhamdulillah.


Next, teruskan perjalanan #keMelakakeKita. Aku ni bab bab jalan ni aku memang payah nak ingat. Even aku tinggal dekat dengan Melaka pun aku tak selalu outing kat sana. So, yang jadi penunjuk jalan adalah Kak Seri. Sebab dia orang Gemencheh, Negeri Sembilan tapi selalu shopping and pernah kerja kat Melaka. So, dia la yang expert jalan Melaka nie..(^_~)


So, destinasi first kitorang adalah....... jeng jeng jeng......

Seoul Garden. Kitorang memang dah lama berhajat nak makan sama-sama kat Seoul Garden. Nak makan grilled and ala ala Korea gittew..Kitorang pergi hari Sabtu so bayaran RM42 kalau tak silap. Tapi sebab kitorang student dapat potongan harga bila tunjukkan kad pelajar. So bayar RM35 satu kepala.


Ha nampak tak jagung tu hangus? Tu sebab aku leka makan benda lain tak hengat tengah grill jagung tuu..(yang cute baju Pink tu kak Seri)



Lama gila kitorang kat situ ada la dalam 4 jam jugak. Yela kena lah makan puas-puas. Baru berbaloi bayar mahal hehehe.. Ok next time nak pergi lagi la. Banyak jugak la yang aku makan. Lepas satu, satu aku try. Erm, Kita boleh makan and minum banyak mana yang kita nak sebab dah bayar. Hai aku rasa abang cashier kat situ pun dah naik bosan tengok weolss lama sangat kat situ. Ala relax la bang, banyak lagi tempat kosong. Chill aja.. haha.. Memang banyak pun sebab siang tak ramai orang. Maybe malam lagi ramai. Nasi goreng pun ada tapi tak sempat nak makan la pulak, lagipun rasa dah kenyang ~

Bila perut dah kenyang, moh ler kita jalan-jalan pulak. Jom masuk ke mall pulak. Hajat di hati nak shopping, tapi sebab banyak sangat pilihan.. rambang mata i dibuatnya. So tak banyak yang i beli. Kalau cakap pasal cantik, semua cantik!! Kalau cakap pasal cute, semua barang kat situ cute!! OMG!! Nak pilih yang mana satu??

Ok, snap pic satu kemestiaan bagi weollss. Thanks la 
kepada tukang amik gambar ahaks..

Dah penat berjalan, kita duduk duluan. Duduk sambil tengok awek-awek yang cun dan pakwe-pakwe yang cute hahaha takde lah. Muehehe...

Kitorang rasa ngantuk sangat waktu nie. Ke aku jer yang rasa?
Maybe sebab dah makan then mula lah rasa mengantuk.

Faz Sweet mungkin tengah fikir nak cari kasut. Kitorang cari kasut dari satu outlet ke satu outlet, tapi takde yang sesuai. Aku pulak, dah ada yang aku berkenan, tapi takde saiz. Sayangnyaaa.. Warna putih. Nak beli sebab Song Ji Hyo pernah pakai kasut putih dalam Running Man. Nampak cantik so nak copycat dia, mana tahu bila aku pakai nampak cantik jugak..pffff...

Tak sempat pergi Banda Hilir. Kat Dataran Pahlawan, Mahkota Parade pun da nak sampai petang. Ini sebab lama sangat kat dalam Seoul Garden la nie kikiki..
Kalau pergi Banda Hilir, dapat lah bergambar kat A'Famosa tu, tapi memang tak sempat la citernye. Takpe kot, A'Famosa den da ponah poie masa den sekolah monongah dulu.. So lain kali boleh pergi lagi kot (cakap kat diri sendiri jangan terkilan sangat huhuhu)....

Aku just nak berterima kasih kat my close friends sebab dengan dorang semua la, aku dapat cipta memori. Best bila masuk IPT, dapat kenal dengan kawan-kawan dari pelbagai latar belakang, negeri,.. It was a fun trip with them. Hope pasni bila dah abis Poli kita dapat kekalkan persahabatan kita. Uollss jangan lupa i k? Janji tau. Ok, sayang korang. Nanti maybe bila dah kerja, boleh kumpul duit,. So nak pergi mana erk? Maybe nak gi Korea!! Ok, inshaa Allah. #KeKoreaKeKita #MalaccaTrip #Funday #withclosefriends








Friday, August 7

Raya 2015

Hai Assalamualaikum.....

Even ni dah hari ke berapa raya, aku tetap nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang kenal aku dan juga kepada pembaca blog yang disayangi. Raya ni aku berpeluang cuti selama dua minggu kat kampung halaman aku. 
Politeknik memang baik. Haha sekali dengan cuti mid semester la tuu...

My mom tempah kuih raya agak banyak jugak. Tapi apa yang penting, kuih raya favourite aku mesti ada. Nak tau aku suka apa? Hmmm mestilah kuih tart gulung nenas. Tak tau la kenapa, tapi aku memang suka. Biskut yang lain tu aku makan macam tu macam tu jela. Tak la beria sangat macam aku makan biskut tart gulung nenas. Erm, bila bayangkan pun dah terasa sedap. Yummyy..

Abang aku pun ada bagi biskut-biskut untuk mama. Orang dah bekerja haruslah belikan sesuatu untuk parents bila waktu raya. Nanti, bila aku dah kerja, aku pun da berhasrat nak belikan mama barang-barang untuk hari raya. Tak lupa nak belikan jugak untuk nenek and atuk !! 

So far, beraya rumah kawan-kawan jela. Tu pun tak ramai. Sebab macam ramai balik kampung masing-masing, and ada yang sedara datang rumah lah. Huhu, tak kan nak ganggu lak kan?

Lagi satu, aku amik kesempatan raya rumah mereka sebab fikir, tahun depan mesti ramai yang dah mendirikan rumah tangga. So memasing mesti sibuk beraya rumah mentua la itu la ini la kan?.. Huhu, tahun ni pun dah ramai budak sebaya aku yang dah berkahwin.

Aku pulak macam mana?? Haha, question marks disitu.
Aku, kalau jodoh dah sampai, adalah..

Ha, baju raya!! Tahun ni baju raya dua pasang. Tapi tapi tapi.. aku dapat pakai satu baju je sebab lagi sepasang tukang jahit tak sempat siapkan.. Sedih mak nak,.
Then, aku decide hari raya pertama pakai baju kurung moden warna hijau (tahun lepas punya) behehe...

Baju raya tahun niee...


bajet cam model sikit bahaha...
Credit background : rumah kawan baik

Kitorang sekeluarga takde pilih tema warna apa pun. Baju mana yang cantik, kitorang beli jer. Yang lelaki lagi la. Pakai baju Melayu pun hari raya pertama je kan? So, dorang tak payah beli baju Melayu tiap-tiap tahun pun sebenarnya.

Erm, raya tahun nie, nenek atuk and kitorang tak pergi rumah saudara-mara sebab tak cukup korum ahli. Because my aunties and uncles beraya rumah mertua dorang. So rumah nenek sunyi actually pada first Eid. (Nasib baik mama tinggal berdekatan). Barulah nenek tak rasa sunyi sangat.

Ok la, nak buat assignment. Nantikan entri seterusnya.
Thanks for reading :)
#salamaidilfitri #kosongkosong #raya2015 #HappyEidMubarak


Sunday, July 12

Entry pertama. My background

Hai Assalamualaikum.
My name is Farhana. Hari ni hari pertama aku menulis blog ni. 
Blog ni bakal menjadi tempat untuk curahan hati aku tentang kehidupan aku. Firstly, sebelum ni aku ada tulis blog jugak tapi tak tau lah tetiba macam nak delete blog tu. Aku rasa macam nak beralih ke fasa lain dalam hidup aku dan tak nak gunakan semua benda lama yang pernah aku gunakan.

For your information guys, aku nie pelik sikit, eh ke pelik banyak? Erm, tak tau la tu.. So kalau aku ada tulis yang mengarut ke takde kena mengena ke faham-faham je lah haha..


Let's start with my background. Aku dilahirkan di Johor Bahru tapi sejak kecil dibesarkan di Negeri Sembilan. Kenapa? Sebab permohonan mak aku untuk duduk Felda di approve. So tinggal lah lah kami satu family dekat nogori. So basically, aku sekolah rendah kat situ, sekolah menengah pun kat situ. Rumah nenek dan atuk aku pun dekat je. Selang dua buah rumah. Nak pergi senang sangat sebab langkah jer beberapa tapak dah sampai hewhew..


Oh lupa pulak, abah aku tak stay kat nogori sebab dia bekerja kat negeri Johor. Maybe dia dah biasa kat Johor nak nak dari remaja lagi dah start kerja kat sana. So dalam sebulan sekali barulah abah balik ke rumah kami di N.9


My siblings ada empat orang termasuk aku la kan.. Hmm aku satu-satunya anak perempuan, so bored because I do not have friends accompany me. Kalau dengan adik-beradik lelaki ni bergaduh jela kerjanya haha tapi tu semua waktu kecil dulu. Sekarang dah tak lagi. Sekarang masing-masing dah besar. So aku kat rumah berkawan rapat la dengan mama aku sebab yang lain terlampau aktif dengan aktiviti memasing. Biasa la lelaki dengan sukannya, lepaknya.. Aku? duduk kat rumah tengok tv or baca majalah la ceritanya.


Ok. Sampai sini dululah story aku yang pertama. 

Thanks for reading my entry.