Sunday, July 12

Entry pertama. My background

Hai Assalamualaikum.
My name is Farhana. Hari ni hari pertama aku menulis blog ni. 
Blog ni bakal menjadi tempat untuk curahan hati aku tentang kehidupan aku. Firstly, sebelum ni aku ada tulis blog jugak tapi tak tau lah tetiba macam nak delete blog tu. Aku rasa macam nak beralih ke fasa lain dalam hidup aku dan tak nak gunakan semua benda lama yang pernah aku gunakan.

For your information guys, aku nie pelik sikit, eh ke pelik banyak? Erm, tak tau la tu.. So kalau aku ada tulis yang mengarut ke takde kena mengena ke faham-faham je lah haha..


Let's start with my background. Aku dilahirkan di Johor Bahru tapi sejak kecil dibesarkan di Negeri Sembilan. Kenapa? Sebab permohonan mak aku untuk duduk Felda di approve. So tinggal lah lah kami satu family dekat nogori. So basically, aku sekolah rendah kat situ, sekolah menengah pun kat situ. Rumah nenek dan atuk aku pun dekat je. Selang dua buah rumah. Nak pergi senang sangat sebab langkah jer beberapa tapak dah sampai hewhew..


Oh lupa pulak, abah aku tak stay kat nogori sebab dia bekerja kat negeri Johor. Maybe dia dah biasa kat Johor nak nak dari remaja lagi dah start kerja kat sana. So dalam sebulan sekali barulah abah balik ke rumah kami di N.9


My siblings ada empat orang termasuk aku la kan.. Hmm aku satu-satunya anak perempuan, so bored because I do not have friends accompany me. Kalau dengan adik-beradik lelaki ni bergaduh jela kerjanya haha tapi tu semua waktu kecil dulu. Sekarang dah tak lagi. Sekarang masing-masing dah besar. So aku kat rumah berkawan rapat la dengan mama aku sebab yang lain terlampau aktif dengan aktiviti memasing. Biasa la lelaki dengan sukannya, lepaknya.. Aku? duduk kat rumah tengok tv or baca majalah la ceritanya.


Ok. Sampai sini dululah story aku yang pertama. 

Thanks for reading my entry.