Hai uolls. Nak cerita kat uolss ni pasal Malacca Trip ai dengan my close friend kat PoliPD ni which is Kak Seri and Faz Sweet. Kitorang pegi Melaka dah lama dah dalam bulan 8 haritu tapi iollss pelupa so tak hengat nak updates ngeee...
Hmm, kitorang pegi Melaka sebab nak jalan-jalan cari makan and jalan-jalan cari pasal hahaha.. Ouh takla sebenarnya kitorang nak mencipta kenangan untuk semester terakhir kat PoliPD ni ha. Maklumlah pasni kan mungkin dah tak jumpa lagi. Huhuhu..
Kitorang pegi dari pagi sampai ke malam. Dari asrama pukul 8 camtu dah gerak keluar then gi sarapan penuhkan perut dulu sebab perlukan tenaga yang banyak untuk berjalan. Aku siap pesan kat diorang lagi supaya buat regangan kaki. Nanti takdelah kena cramp ke apa... Chewah excited giler nak gi jalan-jalan..^_^
Kitorang sarapan kat Taman Poli lorong 6 and guess what rupanya tempat yang kitorang pegi tu betul-betul sebelah rumah sewa aku masa sem dua dulu. Huhuhu tapi aku rasa acik yang buat roti canai tu pun dah tak kenal aku.. Sedap la roti canai dia. Kenyang perut aku alhamdulillah.
Next, teruskan perjalanan #keMelakakeKita. Aku ni bab bab jalan ni aku memang payah nak ingat. Even aku tinggal dekat dengan Melaka pun aku tak selalu outing kat sana. So, yang jadi penunjuk jalan adalah Kak Seri. Sebab dia orang Gemencheh, Negeri Sembilan tapi selalu shopping and pernah kerja kat Melaka. So, dia la yang expert jalan Melaka nie..(^_~)
So, destinasi first kitorang adalah....... jeng jeng jeng......
Seoul Garden. Kitorang memang dah lama berhajat nak makan sama-sama kat Seoul Garden. Nak makan grilled and ala ala Korea gittew..Kitorang pergi hari Sabtu so bayaran RM42 kalau tak silap. Tapi sebab kitorang student dapat potongan harga bila tunjukkan kad pelajar. So bayar RM35 satu kepala.
Ha nampak tak jagung tu hangus? Tu sebab aku leka makan benda lain tak hengat tengah grill jagung tuu..(yang cute baju Pink tu kak Seri)
Lama gila kitorang kat situ ada la dalam 4 jam jugak. Yela kena lah makan puas-puas. Baru berbaloi bayar mahal hehehe.. Ok next time nak pergi lagi la. Banyak jugak la yang aku makan. Lepas satu, satu aku try. Erm, Kita boleh makan and minum banyak mana yang kita nak sebab dah bayar. Hai aku rasa abang cashier kat situ pun dah naik bosan tengok weolss lama sangat kat situ. Ala relax la bang, banyak lagi tempat kosong. Chill aja.. haha.. Memang banyak pun sebab siang tak ramai orang. Maybe malam lagi ramai. Nasi goreng pun ada tapi tak sempat nak makan la pulak, lagipun rasa dah kenyang ~
Bila perut dah kenyang, moh ler kita jalan-jalan pulak. Jom masuk ke mall pulak. Hajat di hati nak shopping, tapi sebab banyak sangat pilihan.. rambang mata i dibuatnya. So tak banyak yang i beli. Kalau cakap pasal cantik, semua cantik!! Kalau cakap pasal cute, semua barang kat situ cute!! OMG!! Nak pilih yang mana satu??
Ok, snap pic satu kemestiaan bagi weollss. Thanks la
kepada tukang amik gambar ahaks..
Dah penat berjalan, kita duduk duluan. Duduk sambil tengok awek-awek yang cun dan pakwe-pakwe yang cute hahaha takde lah. Muehehe...
Kitorang rasa ngantuk sangat waktu nie. Ke aku jer yang rasa?
Maybe sebab dah makan then mula lah rasa mengantuk.
Faz Sweet mungkin tengah fikir nak cari kasut. Kitorang cari kasut dari satu outlet ke satu outlet, tapi takde yang sesuai. Aku pulak, dah ada yang aku berkenan, tapi takde saiz. Sayangnyaaa.. Warna putih. Nak beli sebab Song Ji Hyo pernah pakai kasut putih dalam Running Man. Nampak cantik so nak copycat dia, mana tahu bila aku pakai nampak cantik jugak..pffff...
Tak sempat pergi Banda Hilir. Kat Dataran Pahlawan, Mahkota Parade pun da nak sampai petang. Ini sebab lama sangat kat dalam Seoul Garden la nie kikiki..
Kalau pergi Banda Hilir, dapat lah bergambar kat A'Famosa tu, tapi memang tak sempat la citernye. Takpe kot, A'Famosa den da ponah poie masa den sekolah monongah dulu.. So lain kali boleh pergi lagi kot (cakap kat diri sendiri jangan terkilan sangat huhuhu)....
Aku just nak berterima kasih kat my close friends sebab dengan dorang semua la, aku dapat cipta memori. Best bila masuk IPT, dapat kenal dengan kawan-kawan dari pelbagai latar belakang, negeri,.. It was a fun trip with them. Hope pasni bila dah abis Poli kita dapat kekalkan persahabatan kita. Uollss jangan lupa i k? Janji tau. Ok, sayang korang. Nanti maybe bila dah kerja, boleh kumpul duit,. So nak pergi mana erk? Maybe nak gi Korea!! Ok, inshaa Allah. #KeKoreaKeKita #MalaccaTrip #Funday #withclosefriends