Tuesday, January 19

Petua melebatkan kening

(Mengantuknya tengah hari buta ni lah..)
Eh hai, ...hehe..Selamat tengah hari bagi yang ada kat Malaysia. 
Bagi yang ada kat luar negara tu maybe ada yang tengah bersarapan mahupun tengah tidur, Nanako ucapkan hai jugak. Heee....peace..

Ok harini aku nak share sikit satu petua kecantikan secara tradisional. Petua melebatkan kening..

Ada orang suka kening lebat, ada jugak yang tak suka. Tebal sangat kang serupa Kartun Shin Chan behehe...Tapi ada tau artis berkening tebal macam Elfira Loy. Kening tebal dia tu asli tau. Bukan main lukis-lukis macam trend sekarang. 

Bab yang lukis kening tu nanti-nantilah cerita sebab aku pun tak pernah melukis kening. Nanti kalau aku dah belajar make-up ni baru aku up status pasal tu. Okay? Orait...

Kalau nak tau aku ada kening yang tebal dari kecik lagi. Nenek aku la yang menjadi punca kening aku lebat dan hitam. Nak tahu gunakan apa???

Ok. Ni cek nak habak mai...Benda yang murah dan senang didapati (especially kalau engkorang orang kampung)

Tarraaaa.....

Mr. Aloe Vera atau Daun Lidah Buaya

Ha, yang ni mak aku tanam kat belakang rumah. Banyak sangat sampai tak nampak pasu. kalau nak tanam terus kat tanah tak pakai pasu pun boleh. Hidup jer Aloe Vera tu.

Cara nak apply :
  • Potong daun lidah buaya 
  • Buangkan duri disebelah kanan dan kiri 
  • Kupas kulit Daun lidah buaya
  • Letakkan lendir Aloe Vera ke kening
  • Biarkan selama beberapa minit (tak perlu tunggu hingga kering)
Mula-mula maybe akan pening lalat sikit sebab bau Aloe Vera (bagi aku macam memualkan) ..Tapi bila dah biasa buat maybe ok kot..

Orang selalu salah faham. Even dari aku sekolah lagi. Mereka kata aku pakai celak. Haha rasa nak tergelak but actually tak pakai pun. Nilah hasilnya letak lendir Aloe Vera dari kecik..



Bila kening lebat secara semula jadi, jimatlah kat situ tak perlu beli celak lagi haha...bagus jugak nenek aku letak Aloe Vera dekat kening aku since aku kecil lagi. Nenek terbaik lah..

Daun Lidah buaya banyak kegunaan lain. Antaranya dapat mengeringkan luka dan hilangkan parut. Contohnya, parut hasil dari luka kecil macam terhiris pisau ke masa tengah potong bawang, jatuh basikal ke... Kalau letak di kulit, kulit tak kan berparut.

Then, kat tumit kaki kan biasanya orang yang buat kerja berat atau selalu berjalan akan merekah. Bila kita apply kat tumit, tumit akan hilang rekahan Inshaa Allah. Kulit kaki pun takkan kering lagi.

So far aku belum try lagi letak aloe Vera kat rambut. Tapi maybe berkesan jugak untuk rambut lebat terutama kalau letak di rambut bayi atau budak kecik.

Sekian untuk petua hari ini. 
Nantikan entry akan datang. Jumpa lagi..



Monday, January 4

Rumah Melayu Melaka, Melaka Malaysia

Hai semua. Selamat Tahun Baru 2016. (^_^)

Wah, dah masuk tahun baru ni..So apa azam tahun baru korang??

Aku belum memikirkan azam baru tahun ni. Bagi aku azam merupakan keinginan atau matlamat yang ingin dicapai dalam satu tempoh masa. Untuk azam tahun lepas, praised be to God, ada beberapa azam dah tercapai antaranya result exam yang mencapai target yang aku nak, pergi rebonding (hahaha azam dari sekolah menengah)..lagi..Projek marketing dapat A and so forth yang aku tak berapa ingat. Alhamdulillah...

Ada orang cakap kalau nak azam kita jadi kenyataan, kita kena tulis. 
So aku pun cuba lah tulis kat kertas kosong and bila dah tercapai aku pun buat tanda right. Kira dah checklist lah tuu hehe..

And kalau boleh tulis lah kat tempat yang selalu kita tengok supaya dapat jadi pembakar semangat kita dan menjadi penggerak kita untuk buat sesuatu ke arah mencapai matlamat kita.

Ok enough cerita pasal azam. Cuti tahun baru hari tu korang buat apa?
Mesti keluar pergi jalan-jalan kan?...Hehee samalah ...

My family and I decide untuk ke Melaka Bandaraya Bersejarah. 
Sejak pergi Malacca Trip dengan my kawan-kawan few months ago, baru kali ni berpeluang pergi Melaka lagi.

Mana-mana tempat kalau hujung tahun memang banyak sale. Tu yang best tu haha.. Erm, ada lah jugak bershopping tapi few things je sebab tak banyak masa. Sebab banyak tempat nak pergi..Moreover we all pergi sana untuk sehari. (kalau dapat tidur sana lagi best)...baru dapat pergi banyak tempat (T.T)...

Lepas lepak and shopping kat Mahkota Parade and Dataran Pahlawan, kitorang berhenti rehat kat Pantai Klebang untuk makan. Mama masak Nasi Lemak, Lauk ayam berempah and sambal sotong. Yummy..We all bawak bekal dari rumah untuk sarapan pagi..

My dad pernah melawat perigi Hang Tuah, so dia nak bawak kitorang tengok pulak kali ni.. Nice. 
Air Perigi Hang Tuah ni dipercayai tak pernah kering.
Siapa yang nak ambil air ni boleh, free of charge..

 bawaklah botol dari rumah siap-siap yer.
Kalau takde botol, boleh beli dari kedai kat depan perigi tu. 

1 botol RM0.50..

Air perigi tu mama, abah, nenek ambil untuk basuh kaki dengan tangan, and buat basuh muka. Bukan untuk minum. 

Masa kitorang kat perigi Hang Tuah tu, kitorang ternampak ramai orang kat area belakang. So kitorang jenguk lah untuk tengok amende yang dorang buat tu? Ohhh rupa-rupanya ada Rumah Melayu Melaka yang cantik. Pastu ada pak cik tu kata boleh melawat and snap picture.


Nak masuk kena bayar RM2. Zaman sekarang takde yang free..Ok?
Mula-mula aku ingat free, haih.. Aku macam tak nak masuk then ayah aku dah bayar aku pun masuk je lah tengok :)

Mari berpantun.

Duit syiling dan kertas zaman dulu.


Rumah berkenaan adalah rumah kayu. Takde aircond tapi ada kipas di setiap sudut/bilik. So waktu kita melawat, tak lah rasa panas or tak selesa.

Tak silap aku ada dua buah bilik. Dalam bilik tu ada Baju-baju rakyat Melaka dahulu kala contohnya Baju Melayu dan Baju Kurung. Semua baju berkenaan digantung di dinding bilik-bilik tersebut.

Aha, bilik-bilik dalam Rumah Melayu Melaka tu dihias macam bilik pengantin tau. huhu, ada barang hantaran juga diletakkan atas katil.

Tara.....Ni lah biliknya.

My dad yang tengah khusyuk membaca keratan akhbar tentang 
Perigi Hang Tuah, RMM dsb.

If I not mistaken, yang besar warna coklat tu 
tempat untuk mengadun bahulu. Sebab kat rumah nenek aku ada satu.

Acah-acah je ni padahal takde air pun. 
Pinggan mangkuk pun dulu kala punya.
Sudu and garfu. Sudu bapak besar. 

Frame gambar.

Dah sudah menjelajah dalam rumah, jom kita duduk hirup angin kat luar pulak.
Banyak tingkap so angin sepoi-sepoi bahasa pun banyak. Kat anjung luar ada sofa untuk bersantai. Petang-petang kalau nak buat mesyuarat pun boleh haha..

Kolam ikan. Cuci mata..cari ketenangan..

Ada jugak sangkar kucing kat luar. Owner rumah yang punya. Tapi tak sempat nak tengok...

Then after melawat RMM, kitorang pun pergi Klebang semula. Petang tu memang ramai orang. Maklumlah cuti umum kan? Nenek pun dah penat. Aku pun dah tak larat. So, we decided untuk balik...

Yang aku perasan pasal Negeri Melaka ni, kat mana-mana je uolls akan jumpa hotel. Senang lah kalau nak stay untuk bercuti kat Melaka ni. Negeri ni kecil, bersih and jalan raya pun ok bertar. Makanan pun ok sedap. Ahaa, waktu tu kitorang makan kat Kedai asam pedas. Maybe aku lapar sangat tu yang gelojoh makan. Bagi aku sedap je asam podeh dio. Cuma mama aku kata tak masam sangat. Maybe sebab mak aku suka yang masam-masam sikit kot..

Ramai gila orang sampai ada yang kena tunggu untuk dapat seat. Waktu petang pun ramai yang datang untuk makan kuih-muih. 

Melaka banyak tempat yang menarik untuk dilawati. So sehari memang tak cukup untuk jelajah Malacca. 

Rasa nak kerja kat Melaka haha.. mana tau.. kalau ada rezeki..

Ehh dah petang. Actually i haven't take my lunch yet. Nak makan duluan.
Bye bye..
(duduk rumah asyik makan je kerja, gemuk lah)

maybe azam tahun ni, NAK KURUS? Haha maybe. Tengoklah kalau aku rajin nak diet. And kalau aku kuat untuk disiplinkan diri untuk kawal makan..