Assalamualaikum dan selamat petang.
Iolls baru berkesempatan untuk menulis hari ini. Sejak
hari rewang iolss busy memanjang. Kulit iolss pun jadi berminyak n tumbuh
jerawat T_T..
It’s ok. Sekarang aku dah boleh rehat n ada free time.
Alhamdulillah, majlis di kedua-dua belah pihak pengantin lelaki and perempuan
dah selesai. Majlis di Palong diadakan pada 14 hb Mei manakala majlis di Ampang
(belah perempuan) pada 22 hb Mei.
Mesti ada yang pelik kan, kenapa buat majlis di
sebelah pihak lelaki dulu? Padahal kan kebiasaannya majlis perkahwinan
dilakukan belah pengantin perempuan dulu? Haha, barulah RARE. Hehehe….Actually
majlis yang dirancang sebenarnya bulan Ogos, means after Hari Raya. Tapi, Atok
aku suruh cepat. Kita ikutkan je cakap Atok, so weolss pun buat bulan Mei. Tapi
bagi aku, bagus jugak buat cepat-cepat. Cepat habis, lagi cepat aku berehat.
And aku pun tak payah tengok mama buat budget and bertukar-tukar menu setiap
hari. Biasalah, menu hari rewang lain, menu berkampung lain, menu hari kenduri
lain..Nasib baik la mama tak tanya idea aku nak buat menu apa, kalau tak lagi
pening aku.
Mama cakap dulu masa dia kecik, dia suka pegi rumah
orang kawin dapat telur rebus. So, mama nak kasi kat orang yang datang ke
kenduri di rumah kitorang telur rebus jugak. Tapi tak semua dapat lah. Yang
dapat orang Blok, orang sebelah (belah
pengantin perempuan) and sedara-mara.
Bunga telur warna biru+ pink sebab tema PINK.
Orang sebelah dapat telur masin jugak (*_^)
Mama sampai sakit kaki. Tu pun mama tak masuk ke dalam rumah. Aku n cousins aku yang pass kan goody bag kalau dah habis. Nasib baik la cousins aku ada tolong. Abang aku and adik lelaki aku buat keje kat khemah, macam angkat pinggan, ambik air erm lebih kurang centu la keje dorang. Bagi aku semua orang dah buat keje dorang, part masing-masing. Kira ok la saling membantu. Aku cakap ngan Didong Oppa, kahwin aku nanti jangan lupa sponsor haha...
Kesian jugak dengan dia. Dialah pengantin, tapi dia pun berpenat lelah basuh periuk, ke sana kesini... haih pengantin penat. Bila turn belah perempuan, terus dia demam.
Kenduri belah perempuan kat Ampang, so kitorang (mama,abah,aku n kak Jun-jiran) stay kat rumah mak cik aku kat Selayang sehari. Kira kalau ada apa-apa event kat KL mesti tumpang rumah alang aku. Thank you Alang.
Weolss belah lelaki datang dengan berpakaian tema warna Biru. Ececehhh nak bertema lagi uollss..Belah perempuan pakai baju tema Pink Belacan. Pengantin pulak pakai baju warna UNGU.
Memula adik aku terpaksa jadi pengapit lelaki. Lepas habis bergambar, dah makan n minum terus Didong Oppa takde pengapit haha...adik pengantin perempuan pulak yang kipaskan Didong..
Nenek and atok tak dapat ikut serta sebab kekangan kesihatan. Balik dari sana, aku and mama ada tunjukkan gambar dekat dorang. Walaupun dorang tak dapat pergi, at least dorang dapat tengok macam mana majlis kat sana.
Akhir kata, cehh akhir kata,...
Lega semuanya dah selesai. Thank you kepada semua yang membantu.
Thank you kepada yang bagi hadiah (hehe macam wedding aku pulak :-P)
Aku dah cuba lakukan yang terbaik. In terms of helping my mother. Baik atau tidak keadaannya pada waktu tu, aku terima.
Muchas gracias readers.