Monday, June 27

Aktiviti menjelang raya -Part 1

Assalamualaikum.

Selamat tengah hari...(*_^)

Macam tak caya je lagi beberapa hari nak raya. Macam baru semalam start puasa. Tak terasa waktu berjalan...Tapi, tahun ni mood beraya macam kurang la. Tak tau kenapa..

Bila nak dekat raya ni, mesti korang ada banyak aktiviti wajib nak dibuat kan?
Of course la macam shopping ke, kemas rumah ke, pasang lampu liplap liplap ke kat rumah...

Macam aku, tahun ni disebabkan aku ada kat rumah, and abang aku pun ada (Dia baru habis belajar kat IKM), so mama suruh mengecat rumah. Last cat rumah maybe 4 atau 5 tahun yang lepas. Haruslah mama memanfaatkan kitorang yang ada kat rumah. Aku no hal asalkan ada ongkosnya hahahaha....(#demiduitraya)

Actually harini aku penat giler. Sebab dari pagi tadi mengecat rumah.
Berdua dengan abang aku. Dia mengecat dinding, aku mengecat batu botol.
Hurmm, aku rasa lagi penat mengecat batu botol. Kalau jenis batu botol straight takde lekuk takpe. Ini, berlekuk sana, berlekuk sini...(ha mengeluh, mengeluh) hehehe....

Aku punya gigih sengetkan kepala kejap ke kiri kejap ke kanan. Demi hasil cat yang memuaskan ecehhhh (padahal ada je bahagian yang tak kena cat).
Yang tak boleh blah bila part sempit tu. Aigooo susah der. Nak nak mak aku jenis suka tanam pokok bunga, so pasu-pasu dia tu menyemak jugak la ngeee... Lagi lagi yang besar gedabak.

Belum lagi daun pokok yang berjuntaian terkena mata aku. Uishhh itu menambahkan stress aku..Pasu pasu yang ringan boleh lah aku alihkan. Yang jenis besar gedabak tak kuasa der aku nak alihkan. Gigih menyelit celah pasu bunga untuk mengecat. Aduhai...


Warna cat rumah tahun ni. Dark grey.

Gigih jugak pakai sarung tangan. Mula mula tak pakai pun, but then bila cat yang terkena kat tangan sampai kering lak, aishh tak leh jadi nie. Kena pakai glove jugak. Tapi cat yang mama aku beli tahun ni senang lak nak hilang (cuci) bila terkena kat tangan or kaki. Dedulu kena pakai thinner baru senang nak hilang. And lagi kalau dulu aku pantang bau cat. Rasa cam pening lalat tapi tadi ok jer. Pertambahan usia mungkin menyebabkan aku berubah haha..(kalau dulu aku banyak pantang larang sebab still student) n bau cat adalah salah satu kepantangan/ sesuatu yang harus aku elakkan.




Tangan yang comot terkena cat.
#warnawarnikehidupan
(sebelum pakai glove)

Disebabkan mama suruh cat belang-belang, means that kerja aku belom selesai. Harus bersakit pinggang mengecat lagi huhu... 

Nak tau tak? Kucing kat rumah aku, disebabkan dia busy body nak tengok orang mengecat, ha hambik kau! Bulu dia dah tercemar dengan warna cat. Tapi sikit jela. Abistu dah dia rajin nau dok dekat cat yang belum kering...rasaiiinnn dong..

Alhamdulillah setakat ni walaupun banyak buat kerja, aku belum ponteng puasa lagi. Kalau boleh nak puasa penuh kecuali kalau Allah Bagi Cuti khas (ABC). Hep hep ni untuk perempuan jer yer.

Ok la, sampai sini jelah aku taip. Pasni nak masak pulak. 
Mama masak main dish while i do side dish. Win-win situation gitteeww. Eleh padahal malas masak. Eh mana ada la. Perempuan kena rajin masak. Ngeee...(senyum kelaparan)..

Daaa.....


#Colorforlife #darkgrey #mamaschoice

Tuesday, June 7

Ramadan Kareem

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan Ramadan tahun ini. Tahun 2016. Syukur dapat merasai indahnya bulan Ramadan, bulan beribadah, bulan keberkatan.

Sedar tak sedar, ada di antara masyarakat kita yang masih ada pada Ramadan tahun lalu, kini sudah tiada. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka. Ameen.

Tiba-tiba aku jadi teringat, pada Ramadan tahun lepas, aku masih di semester 6. Masih bergelar pelajar. Aku sempat merasai berpuasa jauh dari keluarga sebanyak 2 kali di Politeknik. Masa semester 2 dan semester 6. And tak lupa jugak, masa Latihan Industri.. aku berpuasa dekat Batu Caves Selangor.

Ya Allah cepatnya masa berlalu. Sekarang dah Ramadan 2016. Macam baru semalam rasanya aku berada di Poli. Berpuasa dan bersahur. Ex-roommate aku selalu kejutkan aku untuk bersahur kalau aku terlambat bangun. She was so kind. And pernah kejutkan aku untuk solat Subuh. Jarang dapat roommate macam nie.

Ingat lagi masa sem 6 jarang pegi beli makanan kat bazar ramadan Taman Poli. Sebab malas nak jalan kaki. Yola dah duduk kamsis (asrama) belah belakang sekali. Ponek den nak jalan. Baik aku beli kat kafe je. Selamat tenaga aku hehe.. Kalau aku bosan dengan makanan dalam kafe, aku order jer kat luar kafe. Ada lah goreng-goreng. Macam nasi goreng paprik ke, nasi goreng cili api ke.. (den ni hantu podeh) ngee.....

Tahun ni, merasa lah berbuka dengan nenek and atok. Nanti kalau aku rasa rajin nak sahur kat rumah nenek, aku tidur lah situ. Boleh lah mengemop lantai ke, sapu sapu sikit...tak payah aku buat waktu siang...ngee waktu siang aku nak berehat je. 

Hari ni berbuka kat rumah atok. Kitorang rancang nak buat jer kuih muih so tak payah beli. Macam hari ni, nenek suruh aku masak kuih ketayap. Ala kuih yang macam lempeng tu, tapi gulung letak inti kelapa. Buat dalam 7-8 keping jer. Banyak-banyak kang membazir pulak. Nenek dah buat list dah esok nak masak kuih apa. Huhu, rajin2 kan diri yer Nanako..

Tunggu abang aku yang kedua balik baru dapat pegi Bazar Ramadan. Aku malas nak pegi. Ramai orang. Susah nak parking..Sebenarnya dari zaman sekolah lagi aku jarang (ke tak pernah?) pergi bazar yang dekat dengan rumah. Thats why kena tunggu abang aku balik baru pegi. Selalunya pegi dekat Keratong or Serting. Ada jugak pegi kat Batu Kikir. Mama aku semua bazar pun dia nak try hehe..

Tak seperti tahun sebelum ni, aku berazam nak kurangkan makan nasi. Nak makan kuih muih jer. Sebab aku tak nak la kekenyangan sebab makan nasi nanti aku tak dapat makan benda lain hahahaha..(La, itu pulak sebabnya?)

Ada orang jenis tak lalu makan waktu sahur. Dulu-dulu waktu zaman sekolah memang aku kadang-kadang tak lalu nak makan, tapi lately bila dah tua sikit ni aku selera jer nak makan. Makan pun takdelah sambil terpejam sebab mengantuk. Maybe dulu kecik lagi, sekarang dah matang sikit ecewahhh...gitteww. Dulu mama yang selalu kejutkan. Sekarang dah boleh bangun sendiri. Panaskan lauk. Makan.

Aku jenis kalau boleh mesti nak makan nasi waktu sahur. Sebab aku takut kalau tak makan nanti aku tak larat pulak nak berpuasa. N air milo+ air putih. Aku selalu minum air putih dulu waktu berbuka. Sebab aku tak nak perut aku terkejut. Then, i will drink air yang manis. Kan Sunnah makan and minum something yang manis masa berbuka. Contoh terbaik----*KURMA*

Tadi waktu dah siap masak, aku join lah nenek aku tengok tv. Then ada cerita Diari Ramadan Rafique. Haha, legend kot cerita ni. Dah lama dari masa aku sekolah. Slot ulang tayang. Aku suka lagu dia jer sebenarnya. Sape lah yang nyanyi tu agaknya yer. Sedap suara dia. Aku pun ikut nyanyi sekali..


......Rafique seluruh keluarga.....

Jadilah seorang yang berguna
Semoga kita diberkati Allah..
(Cengginilah lebih kurang lirik lagunya)

I hope every Ramadan can be our best Ramadan. Semoga kita boleh menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Bulan puasa mengajar kita untuk menjadi orang yang sabar. Inshaa Allah semoga kita mendapat banyak keberkatan dan pahala pada bulan yang mulia ini, Ameen..

RAMADAN KAREEM



Imej : GOOGLE