Thursday, August 18

UPU result

Hai hai hai......(hati gembira sebab tu say hai sampai 3 kali aherherher...)

Selamat petang. Korang tengah buat apa tuuu...hehe..
8 Ogos 2016 yang lepas, keputusan UPU dah keluar. Mestilah korang dah check kan? I dup dap dup dap tunggu pukul 12 pm uolss. I checked dapat UITM. Alhamdulillah. Dapat course pentadbiran perniagaan (pemasaran). Esoknya baru check dapat UITM cawangan mana. So bila cek, dapat UITM Kampus Segamat. Dah dokek dah dengan umah den.

Tapi tapi tapi.... I decided not to go there.

Dalam UPU tu aku letak 8 pilihan n 4 daripada nya, aku pilih UITM. 4 lagi aku pilih UUM, UIAM, UPM n UTM. Aku letak pilihan pertama sampai pilihan ke empat : UITM (UITM dihatiku) ahaks.

Kenapa aku tak pilih UITM?
UITM banyak kelebihannya. Abang aku pun dulu belajar kat UITM (kos kewangan). Pastu berbanding universiti lain, UITM paling murah #yuran.

Sebenarnya, sejak aku berumur 18 tahun lagi, aku dah bercita-cita untuk ambik bidang bahasa (foreign language), tapi mama macam tak berapa approve. N at that time, kat rumah tak de internet. Aku pun tak terdedah dengan maklumat bidang yang aku nak ni. SO, lepas UPU keluar (masa lepas SPM), aku tak mintak pun bidang bahasa. Aku nak amik bahasa Jepun masa tu, n mama kata "Kau nak jadi apa"..Mungkin mama tak berapa tahu tentang prospek kerja dalam bidang yang aku minat tu. So, aku pun mintak la course lain. 

Serious cakap, masa isi UPU, aku tak baca syarat kelayakan. Patutnya kita baca syarat kelayakan n compare dengan result SPM yang kita dapat. Pastu baru lah boleh kita pilih. Means, kalau memenuhi syarat bolehlah mintak kos tu...

UPU result masa aku lepas SPM tu, memang aku tak dapat. Sebab tak memenuhi syarat. Yela apa tak nya, aku gi pilih kos Undang-undang padahal SPM aku 5A jew haha. Kalau 7A ke takpe lagi nak mintak kos tu. (ni lah padahnya bila tak baca syarat kelayakan). Take note ye adik-adik.

Pastu buat rayuan pun aku tak dapat. Last hope, abang aku belikan no pin Politeknik. N dia lah yang pilihkan kos. Tu yang aku dapat course marketing tu. Aku pun reda jela. Nak tak nak kena pergi. Aku pun hairan masa tu kenapa mak aku suruh sambung belajar. Pastu baru aku tahu ia disebabkan mak cik mak cik (jiran-jiran yang asyik bertanyakan aku dapat sambung belajar kat mana)....huhu..

So, bertapa lah aku kat Poli selama 3 tahun.
And aku baru dapat tahu, (rasanya masa aku masih belajar kat POli), yang kalau kita nak amik bidang bahasa, syarat dia minimum kena ada STPM. Ni syarat untuk UM. U lain aku tak tahu. Huhu, aku tak nak la cakap "OUH kalau tahu, dari dulu lagi masuk Form 6 then terus sambung U, cepat sikit."
Sebab aku rasa mesti Allah dah atur kan semuanya untuk kita. Mungkin itulah jalan yang dia bagi. Mungkin Allah nak aku belajar sesuatu (atau banyak perkara) kat Poli. So aku kena bersyukur.

Aku ambik keputusan demi minat aku. Inshaa Allah ini yang terbaik. Aku sedia terima risiko beralih bidang. Yela dulu aku belajar dalam bidang business. Sekarang aku akan further study dalam bidang bahasa dan linguistik. Inshaa Allah takkan ada penyesalan. Lagipun, lepas dapat je keputusan dari Universiti yang aku mohon untuk study bahasa Jepun, mama dah approved. Tak macam dulu. Kalau dulu, mama macam tak kasi, sekarang aku tengok mama ok jer. Lagipun aku dah terangkan apa kelebihan bidang ni. N aku dah tahu apa aku nak jadi. Mama kata "pergilah. Kalau kakak ambik course yang kakak tak minat and tak tahu nak jadi apa pun membazir jugak." I felt so glad bila mama cakap camtu. Macam mama bagi restu kan...

Belajar marketing bagi aku bukanlah satu pembaziran. Banyak selok belok perniagaan yang aku dapat tahu. N sebenarnya berniaga ni best. Cuma, aku ada minat yang lebih dari segalanya dalam bidang bahasa. I just love languages. Bila dah dapat peluang sambung belajar, dalam bidang yang aku minat pulak tu, tak kan lah aku nak tolak. Sebab aku tahu, peluang tak kan datang berkali-kali.
Kadang kala, kita cuma dapat satu peluang dalam hidup.

Macam mana aku belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh kat poli, macam tu lah aku akan buat bila masuk U nanti. Itu aku janji. Lebih lebih lagi, ini lah yang aku nak dari dulu lagi. Akhirnya, Allah dah kabulkan permintaan aku. Terima kasih Ya Allah.

I hope that Allah will ease everything for me and for us to further study. Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam. Semoga kita menjadi hambaNya yang berilmu dan memanfaatkan ilmu yang ada.

I hope one fine day, I can further study oversea. I really want to study in United Kingdom or Japan. I pray that my dreams will come true. Pray for me.

Thank you.

#tuntutlahilmu #sehinggakelianglahad

Thursday, August 4

Tips berjimat bagi pelajar IPT

Assalamualaikum dan selamat petang.

Apa khabar? Hope semua orang sihat walafiat. Nana okay cuma sekarang nie cuaca agak panas pada waktu petang..

Hari nie nak share tips-tips berjimat cermat untuk uolss yang bergelar pelajar.
Biasalah yang masih belajar ni, mengharapkan duit PTPTN ataupun biasiswa FAMA (father and mother). 

Tips berikut sesuai untuk golongan sederhana ataupun yang kurang mampu. Kalau orang kaya nak ikut cara ni pun okay jer. (kalau nak lah)...

Tips no 1

Jimat dari segi perbelanjaan makanan.
Mostly duit kita as student banyak habis untuk beli makanan. Kalau dulu masa jadi budak sekolah, mak ayah bagi duit untuk belanja kat kantin jer. Pastu tengah hari balik sekolah dah boleh lunch kat rumah. Sekarang, bila dah jadi pelajar IPT, start dari sarapan, makan tengah hari and makan malam, semuanya kena beli. Tu tak termasuk duit jajan (makanan ringan)... HUHU..

Kalau perempuan boleh lah diet, tapi kalau lelaki? I'm not sure tapi rasanya lelaki tak boleh diet. Dorang kan makan banyak. Hehe jangan marah...
Cara aku berjimat :

-Sarapan 
Air Milo/Susu (buat sendiri) air panas masak guna heater.
Biskut/ roti putih (biasanya roti jenama Gardenia and biskut Lexus)

-Lunch     
Nasi putih + ayam / Nasi putih+ ikan (RM4)
Ada certain hari aku akan ambil lauk sayur. Macam sayur kobis ke, sawi atau pucuk paku tapi aku tak ambik sayur setiap hari sebab kalau ambik sayur dah kena tambah seringgit. Seringgit tu berharga bagi aku. Aq rasa okay jer sebab dalam seminggu aku still ada makan sayur. And then, let's say hari ni aku tak makan sayur, tapi aku tetap beli makanan berkhasiat yang lain contohnya buah jambu potong RM1. Kira walaupun aku berjimat tapi aku still concerned pasal kesihatan aku jugak.

Lagi satu, dalam berjimat kita kena fikir, otak kita perlukan zat jugak. That's why lah aku lebih suka beli buah potong macam tembikai, jambu and so on daripada beli jajan or air gas. Buah potong baru seringgit atau dua ringgit tapi berkhasiat berbanding makanan ringan yang mahal tapi memudaratkan.

Air pulak, aku minum air kosong jer. Hehe ada lah aku beli air kat kafe and yes you are right!.Not every day. Kalau nak berjimat, beli bes minuman atau kordial dan buatlah air sendiri. Kalau nak minuman sejuk, beli ais je dalam RM0.20-0.40 satu plastik.



Bayangkan kalau makan tengah hari + beli air lagi... Omo..air yang plain macam teh O ais dah RM1.50, kalau air bersusu macam Milo ais/Teh ais/Horlicks ais dah RM2. Better beli bes minuman macam Sarsi dalam botol ni baru RM2 sebotol boleh tahan dalam 2 minggu hingga sebulan. Gula kau bawaklah gula dari rumah (cukai mak kau punya sikit)..




Kudap-kudapan sambil study

Time study mesti nak mengunyah kan? Ha apalagi bawak jela apa-apa kerepek dari rumah. Especially kalau baru pas hari raya. Time cuti tu kau tolong lah mak kau buat kerepek pastu balik ke kampus bawaklah sikit (cukai lagi dari mak kau)... Mak kau mesti tak kisah punya. Paling paling dia kata  "cepat sikit habis kuih raya aku" 


-Makan malam
Kalau macam aku, dulu aku kan duduk hostel, so ada kafe dalam tu. Macam petang ada jual goreng-goreng, aku just beli tu jela.

*Mee goreng/ Nasi goreng/ Kuew tiau goreng/ Meehun goreng RM2@2.5 (BERGANTUNG banyak mana kita ambik)

Ataupun kalau aku malas nak turun ke kafe, aku just makan roti/biskut+ air panas.

So dalam sehari aku hanya spent RM6-7 SAHAJA untuk makanan.
Aku rasa kalau spend RM10 sehari pun dah kira okay. So kira dalam sebulan hanya peruntukkan RM300 untuk makanan. Macam sesetengah orang, kalau makan tu nak yang best best jer. KFC, MC D, Pizza, kafe hipster....bagi aku orang yang macam ni kerja menghabiskan duit jer. Aku tak nak awal bulan makan hipster bagai nak rak, hujung bulan makan maggie. Bagi aku biar lah aku berjimat makan tak sedap asalkan dalam sehari aku ada makan nasi. Daripada makan mee segera sebab tak ada duit. Biarlah beringat, asal tak sengsara...

Tips no. 2

Share duit waktu berhibur dengan kawan
As a student, kita mestilah nak reward diri kita dengan something special lepas berpenat lelah study, berjaga malam sebab nak hadap test....jadi mata panda lah apa semua....So mesti ada hari yang kita nak berjoli.

Cara aku release stress dulu simple je. Jalan-jalan ke pekan PD (tu pun sebab nak beli barang makanan buat stok dalam bilik) kihkih.. Sambil sambil tu tengok pantai. Untung lah duduk PD kan... Pastu ada lah pergi karaoke. Macam tu jela cara aku. Best pulak bila ingat balik. Semuanya kitorang share/tong tong. Means kalau karaoke 2jam =RM28, bahagi 8 orang, sorang hanya perlu bayar RM3.50 ..nak berjoli pun kena consider duit gak. Jangan nak belanja kawan jer semata-mata nak orang anggap kita kaya. Ukur baju di badan sendiri..

Ada jugak lah pegi jalan-jalan tengok wayang kat Seremban. Tapi, bukan selalu...Tu pun sebab nak reward diri sendiri bukan sebab bosan ke hapa..Nasib baik lah aku bukan kaki berjalan. Sebab apa, makin banyak kita keluar makin banyak duit kita habis keluar jugak. Bagi aku daripada keluar peluh and duit hang out kat luar, better aku study dalam bilik. Kalau boring cari aje TV / bukak laptop tengok movie takpun layan k-drama..

Aku tak kisah kalau korang orang kaya nak belanja kawan-kawan tiap kali keluar. Tapi beb ni zaman ekonomi tak berapa bagus. Kalau datang dari keluarga sederhana tu, usahakanlah berjimat. Cari aktiviti yang lebih santai dan tak payah keluarkan banyak duit untuk bersosial. Contohnya join aktiviti-aktiviti dalam kampus. Selalunya kan, mana mana IPT pun kalau ada event, mesti ada makanan free. So, gunakanlah peluang yang ada. Join jer. At least duit belanja hari tu dah boleh save. Yer dok?

Tips no. 3

JANGAN BELI GADGET !!

Seriously, I cannot brain lah yang jenis beli gadget tiap tiap sem. Kenapa yep?
Serius cakap, better guna duit PTPTN untuk pelajaran. Jangan bazirkan untuk gadget macam smartphone. Kalau dah ada handphone, guna yang lama dah lah. Asalkan boleh berkomunikasi. Janganlah sebab 'Ouh orang tu ada iPhone aku takde, malulah" bla bla bla...kita pun nak beli iPhone. Pastu hujung sem mintak mak ayah duit belanja konon takde duit nak beli makanan. Hello? Sape suruh uolls beli ipong, belanja sakan tak ingat dunia? Kita ni dah besar. Kalau boleh janganlah susahkan ibu ayah yang dah penat lelah bagi kita pendidikan.

Tu belum kira duit topap, duit broadband... Tak dinafikan, sebagai pelajar internet memang penting. So, simpanlah data untuk cari sumber pelajaran. Bukan guna untuk tengok youtube/ drama online. Pergilah kedai mamak yang ada wifi kalau nak bukak Instagram, Facebook atau social media yang lain supaya dapat jimatkan data internet kita..Sambil menyelam minum air kikiki...

Tips no. 4

Jangan tergoda beli barang online/shopping

Sekarang kan dunia internet, segalanya dihujung jari. Nak beli apa pun, cari jer kat internet dah dapat. Ada tau yang ketagih beli barang online. Kalau macam student perempuan, tengok dress baru kat insta..nak beli. Tengok ada kasut baru..nak beli. Jangan begitu yer adik-adik. Kalau dalam setahun kan ada dua sem. Cadangan aku, beli baju baru sekali atau dua kali jer setahun. Kan ada konsep Mix and Match. Bagi aku perempuan lagi senang nak amalkan konsep mix and match berbanding lelaki. Especially yang berhijab. Contohnya, Hari Isnin minggu ni, pakai baju kurung warna biru+tudung biru. Minggu depan pakai baju kurung biru+tudung/shawl cream.

Okay tu jer lah kot yang aku boleh share. Aku rasa yang paling kita boleh jimatkan adalah belanja makan kita. Kalau kita spend RM300 untuk makan sebulan, satu sem bermakna baru RM1200. PTPTN kan RM2500. So ada lebih lagi RM1300. Duit yang lebih tu boleh kita budget untuk perbelanjaan lain pulak macam sewa rumah, bil api air (kalau sewa rumah)...

Its okay kalau korang suka berbelanja besar, asalkan tak menyusahkan mak ayah. Contohnya, korang earn duit sendiri. Every cuti sem, pegi cari kerja part time. Kerja kedai buku atau kedai makan. At least takde sape nak marah kalau kau guna duit kau.

 Ada tu yang boleh tolong mak ayah lagi hasil duit PTPTN. Thats why kita kena bijak urus duit. Macam aku, hasil aku berjimat cermat 3 tahun, ada lah lebih RM6k (duit PTPTN). Dapatlah aku bayar duit muka kereta kancil aku yang tak seberapa ini. Syukur Alhamdulillah..

Selamat berjimat cermat dari sekarang. Every single cent sangatlah bermakna.

Maaf kalau ada terkasar bahasa. And maaf jugak kalau aku tak tahu harga makanan kat kafe tempat korang. Lain tempat, lain harga. Ada tempat mahal especially kat bandar. Ada tempat yang makanan nya murah. Yang logik bolehlah dijadikan pengajaran yep? Adios.

#duniapelajar #papermoney #Coins #uruskewangandenganbijak