Friday, September 23

Minggu Haluan Siswa, UM

Assalamualaikum...

Ok. Ceritanya aku dah 3 minggu kot stay kat Universiti Malaya. Tapi baru sekarang ada masa nak update story pasal minggu orientasi and so on.

Yela, bukan apa, busy beb..
Kat UM, minggu orientasi dipanggil Minggu Haluan Siswa (MHS)..
Dulu masa kat Poli aku dah pernah rasa terseksa masa orientasi, ni nak kena menjalani penyeksaan lagi... 

Haha, sebenarnya bukanlah penyeksaan sangat. Tapi, memang tak cukup tido la beb. Sehari tido bape jam jer..Nak nak aku ni kuat tido...
Tapi nasib baik ar bila aku kunci jam, aku boleh bangun... kalau tak, kena denda pulak kalau lambat turun ke dewan.

Aktiviti-aktiviti masa MHS yang aku paling suka masa exercise Zumba jer kakaka.... Seronok menari. Lagi seronok bila tengok Pemudahcara Majlis (PM) yang berzumba...yang lain ok ok jer....

Sebenarnya banyak nak cerita, tapi aku lupa...ngehngeh

Oh, okay...

Antara sebab kenapa kitorang kena tido lambat (tak abis lagi cerita tido lambat dia) huhu sebab kitorang kena berlatih cheers. Cheers ni adalah sorak semangat. So, kolej-kolej kediaman akan bertanding cheers mana yang paling power. Aku malas nak cerita kolej mana yang menang sebab bukan kolej aku yang menang kuikui...

Lawan cheers kat Dewan Tunku Canselor (DTC). Sejuk la kat situ. Aku bantai menguap jer kat situ. Dengar cerita bebudak UM dua kali je masuk situ. Satu masa MHS, satu masa konvokesyen..Sebab kekangan masa, tak dapat aku bergambo kat sekitar kawasan DTC..Sedih pulak...Ah nanti nanti lah. Banyak lagi kot masa aku kat sini.. Umur aku ni banyak habis kat belajar jer.. Bila nak kerja tah? Huhu.. 

Nak kata bangga masuk UM tu, takde la sangat. Sebab bagi aku, kat mana-mana pun belajar sama jer.. Tapi UM memang besar la kawasannya. Entah aku sempat menjelajah ke tak nanti seluruh UM nie...

Aku pun masuk UM sebab dapat kos yang aku nak. Aku nak belajar bahasa asing. So, bila dapat..aku pergi jela...takkan nak lepaskan peluang pulak...

Ni aku belanja sikit gambar masa MHS 2016/2017..

Untunglah yang depan gambar dia jer yang lebih..
Yang kat belakang nampak kepala jer...hewhew

Kitorang terbahagi kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ada beberapa orang. Kat sini kumpulan dia panggil sel. Aku sel 10. Ada la Melayu, Chinese and Indian dalam sel kitorang. Semangat muhibah lah kata kau...


Sebab masa kitorang masuk UM tu dah nak dekat Hari Kemerdekaan, so ada aktiviti pasang bendera yang tertinggi (pertandingan)... Masa ni gabung sel 10 and sel 9. Aku dah mengantuk gila dah time nie. Dengan berpeluh lagi... Aku takde la buat ye ye sangat. Just tolong unroll tali rafia jer ah..(tu jer la yang aku mampu buat pon...) haha...  Malas nak tangkap gambar. Gambar ni pun ehsan bebudak Whatsapp. Thank you guys.

Serius rindu MHS. Tapi time berzumba jer la. Kalau setiap kali perjumpaan kolej nak berzumba pun aku tak kisah. Ngee... Respect la dengan PM PM semua. Dorang lagi tak cukup tido. And lagi penat dari kitorang.. Waktu makan pon mostly dorang yang sendukkan nasi, lauk... Pastu siap berlakon garang padahal manja and baik orangnya...haha...

MHS pengalaman yang takkan dapat dilupakan. Bakal mahasiswa UM, korang rasakan la pulak next time. 

OK chaw.