Tuesday, July 27

2021 Corona Virus

 Hai assalam semua. 


Beberapa tahun tak tulis blog rasa macam tak percaya pulak aku tulis blog malam ni. So semua macam mana. Ok?


OMG serious rasa macam eh kenapa pulak aku rajin nak tulis blog setelah sekian lama tak tulis blog. Erm sebenarnya aku ada masa lapang sekarang ni. So aku rasa ini masa yang tepat to be back here. (*_^)


Ok firstly, our world collapsed since 2020 because of Corona Virus. Katanya virus ni datangnya dari negara China. Hurmm tak silap aku virus ni mula dikesan kat China bulan November ke December 2019 cenggitu. Pastu start masuk Malaysia tahun 2020. Bulan 3 tahun 2020 Malaysia dah start buat total lockdown. Tak semena mena jalan raya semua kosong. Polis dah start jaga kat jalan raya and no one is allowed to go out except those yang ada surat from majikan. And of course yang kerja dalam essential services je boleh gi keje macam biasa. Yang not essential (tak penting) kena kerja dari rumah (Work from Home).


Kalau korang pernah baca entry aku sebelum ni tentang aku rasa give up nak study tu, actually November 2017 aku officially quit from UM and a month after that aku dapat kerja as Customer Service agent. Pasal kerja tu nanti aku eloborate next time. So overall last aku keje March 2020 pastu aku apply untuk full time study balik. 


Tak sangka aku akan kembali as a student back sebab yela sebelum ni dah elok-elok keje. Tapi aku bersyukur jugak sebab ni antara salah satu doa aku yang dikabulkan Tuhan. After aku quit uni, memang rasa tak leh move on sampai aku pernah pegi fakulti sebab aku rindu. So yeah now, I am back to uni life hehe. My goals now it's okay to be late to finish degree as long as I have a degree one day. Korang semua tolong doakan supaya aku dapat habiskan study kali ni dengan berjaya ok? Hehe..


Ouh berbalik pada Corona Virus tadi, aku dah ambil vaksin tau. Alhamdulillah mama, aku, adik aku dah ambil vaksin.. Tapi kitorang belum completed yang second dose punya. Bulan Ogos ni Inshaa Allah kitorang akan completed the second dose. By the way, korang pun jangan lupa mendaftar vaksin dekat MySejahtera and https://www.vaksincovid.gov.my/ supaya dapat kurangkan risiko terdedah kepada kematian disebabkan Covid-19.


Latest info dari Mysejahtera app:

Kes Baharu                 : 16,117 (as of 27/7/2021)

Kes kematian terbaru   : 207


Kes mendadak naik walaupun sekarang ni dah masuk PKP kali ketiga. Katanya kes naik disebabkan kerajaan bukak kilang-kilang. Tak tau nak cakap apa lagi. Hopefully kes makin berkurang dan dapat 0 kes macam pernah dicatatkan 1 Julai 2020 yang lepas.


Tengok ni mama aku cute kan? 😃


Pada aku, lebih baik korang amik je vaksin ni sementara free of charge. Nak tahu tak, dekat Thailand rakyat dorang kena bayar tau untuk dapatkan vaksin. Kita ni kira bersyukur lah dapat free tapi tak tau lah kan masa akan datang kot kot kena bayar. Btw aku dapat Pfizer, mama aku pun. Nenek aku and adik aku dapat Sinovac. Huhu mak cik aku and sepupu aku yang tinggal kat Selangor pun dapat Sinovac. 


Alang-alang dah citer pasal Corona ni, citer jela pasal vaksin. Kesan sampingan vaksin Pfizer pada aku tak teruk sangat. Cuma aku rasa mengantuk yang amat sangat within 2 hari after took it. And aku tak rasa nak makan banyak macam selalu. And of course rasa sengal sengal ubi kat bahagian yang disuntik tu. Demam teruk takde cuma ada rasa suhu meningkat sikit hurmm tu jela. Disebabkan aku payah nak makan ubat, aku just amik Paracetamol sebelah setiap hari selama 2 hari wkwkwk. (instead of sebiji)😂


Lepas ni aku nak gi PPV pakai jubah lah. Haritu aku pakai blouse and Skirt labuh. Yela, jodoh ada dimana mana haruslah ada effort walaupun nak ke PPV je pun huhu..Kalau korang takde idea nak pakai apa, apa kata korang pakai skirt pleated. Sekarang kan tengah in pleated Skirt. Korang boleh usha kat IG : lovellaa_bynanako untuk shawl, tudung, and pleated skirt yang trendy.


Rasa kesian dengan ibu bapa yang duduk kat kampung tak dapat jumpa anak-anak sebab PKP and all that. Raya pun ada yang 2 tahun dah tak jumpa sesama ahli keluarga. Aku doakan supaya Covid-19 ni diangkat keluar dari bumi. Semoga Tuhan permudahkan urusan kita terutama yang terkesan disebabkan pandemik ni. Dan untuk yang sakit dan berjuang, disembuhkan. Tak lupa untuk frontliners kita yang tetap semangat dari mula pandemik sampai sekarang. Dan yang paling aku tabik sekali, Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri DG Hisham yang bertungkus lumus memastikan ada penurunan angka pesakit covid.


Sama-samalah kita menjaga SOP dan teruskan berdoa agar Corona Virus hilang dari muka bumi ni. Aamiin.


Thanks korang sebab baca. Harap dapat bagi input sedikit sebanyak.


Jumpa lagi dalam next entri. Bye.

XOXO, Nanako 💜