Saturday, December 10

Macam mana nak hilangkan bengkak sakit mata

Since yesterday, mata aku bengkak. Siap pakej dengan gatal-gatal sekali. Hari ni dah kurang sikit. Semalam lagi lah, sepet giler mata aku. Sib baik belah kiri jer yang sakit. Kalau dua dua belah lagi haru..

After took my lunch, aku turun gi koop. Konon nak beli Eyemo. Huh, dah habis pulak.. Kesian mata aku.. Punyalah aku google cara nak hilangkan bengkak kat mata, ye aku dapat tahu caranya... Salah satu dengan letak ais. Pandai pandai lah letak ais tu kat sapu tangan ke (tak nak bagi sejuk sangat), letak kat plastik ke (supaya tak basah n terkena pulak mata engkau)..

Last2 aku terlupa beli...
Hurmm,, 

Nasib baik aku ada beli air botol yang sejuk. So, alang alang dah takde ais, aku guna botol tu jela letak kat mata aku. Ala, sejuk jugak. Waktu desperate, kita kena gunakan apa yang ada haha.. So, hilang dah sikit kegetelan (slang Indonesia) kat mata aku nih...N dah tak berapa nak merah sangat..

Satu lagi, Kita boleh guna hirisan timun..
Aku malas nak guna. Dok asrama, mana pulak nak cari timun.. 
Boleh je beli nasi lemak, amik timun lebih sikit, n letak kat mata. Tapi memandangkan aku malas nak turun bawah waktu ptg, so, terpaksalah aku tahan jer..

Takde semangat la pulak hari ni nak study..
Roomate sorang balik, sorang lagi ada program.. Huhu, sendu betul kat dalam bilik ni sensorang..

Padahal, minggu depan ada oral test. Dua pulak tu. Boleh buat lek buat peace je malas belajar. N final just around the corner...
huarghhhh, mana nak dapat semangat ni..

Dengan mata yang kejap kejap gatal. Kejap kejap ada taik mata. 
Lagi la buat mood aku ke laut. Aku rasa macam nak tidur je sekarang nie..

k tu jela aku nak membebel..t sambung lagi..chaw

Saturday, November 19

Should be thankful

Assalam and good morning from Malaysia.

Hye everyone. I miss to write and I miss my readers too~ (^_^)

I was thinking to go home because I wanna send my brother to Polytechnic Port Dickson. He will start his first diploma there. The same place I used to study. What a coincidence.

But, I couldn't make it because I have a lot of assignment and I have to submit by next week. I feel so stress right now. I wanna join my family but you know~~...I have to make priority. Never mind, next time I can still go to PD.

I wish him Good Luck. He got killer course. Anyway, I believe in him. I hope he can do well in studies.

I have a thought of quiting my courses and worst, I was thinking to quit study. I don't know... Maybe I'm so stress here. I did not have a passion although this is what i want since the first. This is my teenage dream. I pray to God to have what I want, and I got that. God reply my pray. My Dua'. But I was not expecting what I want to be like this.

This is so hard. Ya, maybe I got what i wish for but not 100 percent what I want. But maybe God knows the best for me. I am planning, but He is the best 
planner after all.

I felt like our life is full of examination. A lot of pressure, a lot of challenge. Everyday have a battle and we have to face it no matter what. 

I think the solution of my problem is to love what I have right now. And most importantly, be grateful to Allah as He gave me what I wish for, since I was small. I don't know the future. But I have to make the present the best I can. 

The problem is, we always want more and more, but we forget to be grateful for what we have. 

I should be thankful because there is someone out there want to be in my course but they couldn't and not elected. But they are better than me and their passion is greater than me. Oh God forgive me ("_":) 

Anyways, as time passes by, I know I can do it.
I always pray to God that He can give the best for me.
What I can do is make effort. And then leave it to Him.

I can Do It.
We Can DO IT. 

Just make an effort and pray for the best.

Saturday, November 5

Belajar Bahasa Jepun

Assalam.

Rasanya dah lama aku tak menulis kat blog ni. Kalau tanya aku, memang aku jawab aku busy lah. Huhu, kehidupan sebagai pelajar ni busy memanjang.

Minggu lepas, cuti pertengahan semester. Memang aku bercuti habis lah. Buku bawak balik rumah, tapi cuma sentuh dan tengok sikit jer. Tak lah beria sangat nak mengulangkaji tuhh..

Lagipun, bila balik rumah ni, busy lain pulak. Waktu tu la nak mengemas rumah, waktu tu lah mak kau suruh masak, waktu tu la mak kau ajak pergi jalan-jalan (pegi supermarket je pon)...hehehe...alasan untuk tak memikirkan pasal pelajaran...

Sebenarnya aku tak expect pun belajar bahasa macam nie. Macam aku belum betul-betul immersed in this language. Lecturer ada suruh tengok drama Jepun, tapi seriously aku rasa tak ada masa langsung nak tengok drama. Aku cuma ada masa layan lagu-lagu Jepun jer kat Youtube. Drama apa pun aku tak sempat nak tengok.

Kalau nak kata banyak sangat subjek yang aku ambil sem ni, takde la banyak mana pun..5 jer.. tapi entah lah. Maybe semua subject baru bagi aku.. Aku paling krik krik subject linguistik. Sebabnya, aku budak Sains Tulen dulu. So, aku memang tak belajar Sastera. 

Memang tak paham la..Sampai aku pernah rasa, asal kena amik subject linguistics. Kan bagus kalau belajar Bahasa Jepun jer..Tapi aku usaha la jugak baca nota and fahamkan.. Maybe sebab ada usaha, aku boleh dapat A untuk subjek ni masa ujian pertama hari tu..Aku kalau benda-benda yang menghafal ni, kalau aku tak faham, tapi aku baca betul-betul untuk exam, inshaa Allah dapat.

okay enough pasal linguistics. Masalahnya tajuk pasal bahasa jepun tapi mengeluh pasal linguistik kekeke....

Ok. Memang tak dinafikan. Belajar Bahasa Jepun susah. At first, aku nak belajar Bahasa Korea. Tapi kat sini tak de untuk Bachelor. Hanya ada untuk kursus elektif jer. So aku try la mohon untuk kos bahasa Jepun. Dapat. Sebab ni Bahasa jugak, pastu lebih kurang Korea, so aku pun ok jela enrolled in this program. Bahasa Jepun pilihan pertama aku, bahasa Sepanyol pilihan kedua. 

Nak tau tak, masa 2 minggu pertama, aku macam nak give-up tau. Hampir-hampir nak tukar course. Tapi bila memikirkan yang nak tukar course ni melibatkan urusan-urusan yang rumit (kena buat surat la apa la) so, aku pun stay jela. Padahal dalam masa 2 minggu tu otak asyik pikir tak mampu buat. Asyik fikir kalau tukar course, nak tukar course apa..

Aku terpikir nak amik French or Spanish. Sebab macam senang sikit. Guna alphabet A,B,C jer. Kalau Japanese kan ada tiga huruf. Hiragana, Katakana and Kanji. Kanji paling aku tak boleh. Banyak stroke. Katakana sampai sekarang aku kena refer buku nota sebab jarang guna. Aku jarang buat latihan. Huhuhu....tak tau nak cakap apa..Katakana kan huruf untuk foreign language contohnya aisukurimu = ice cream (English) 
chokoreto = Chocolate (English)

Entah lah, aku ingat masa cuti sem nanti aku nak hadam kan la buku-buku teks sem 1 ni. Harap aku boleh buat yang terbaik. Bak kata Sensei aku. Kita kena jadi professional. Apa itu professional? To know our field in detail.

Aku harap sem 2 nanti aku dah boleh cakap Bahasa Jepun dengan baik (berbanding sem 1). AT LEAST!

Muzukashii.. (^"_"*:)

The problem is, aku cakap aku tak de masa nak tengok drama Jepun, tapi ada masa tengok drama Korea. (maafkan makcik nakkk)...
Baru semalam aku tengok cerita Pinocchio yang Park Shin Hye berlakon tu.
Nampak tak prioriti nya di mana? Hahahaha.... 

Aku aku kena bermuhasabah ni. Bahasa apa yang aku tengah belajar sekarang. Kalau boleh setiap masa aku kena praktis guna bahasa Jepun. 

Nanako-chan, gambatte kudasai!!! (Cakap kat diri sendiri)

Aku kena paksa diri aku,
to do the best!

Sebenarnya, aku belum nampak cita-cita aku yang sebenar. Ufft, maybe nampak samar samar..

Apa pun, aku akan berusaha. 

Setakat ni, aku baru tengok anime kaichou wa maid sama. Tu pun baru sampai episod 7. Kena sambung tengok ah pasni.. No more K-drama.

okay, babai.. Jumpa lagi..
(daripada makcik yang bajet busy)

Friday, September 23

Minggu Haluan Siswa, UM

Assalamualaikum...

Ok. Ceritanya aku dah 3 minggu kot stay kat Universiti Malaya. Tapi baru sekarang ada masa nak update story pasal minggu orientasi and so on.

Yela, bukan apa, busy beb..
Kat UM, minggu orientasi dipanggil Minggu Haluan Siswa (MHS)..
Dulu masa kat Poli aku dah pernah rasa terseksa masa orientasi, ni nak kena menjalani penyeksaan lagi... 

Haha, sebenarnya bukanlah penyeksaan sangat. Tapi, memang tak cukup tido la beb. Sehari tido bape jam jer..Nak nak aku ni kuat tido...
Tapi nasib baik ar bila aku kunci jam, aku boleh bangun... kalau tak, kena denda pulak kalau lambat turun ke dewan.

Aktiviti-aktiviti masa MHS yang aku paling suka masa exercise Zumba jer kakaka.... Seronok menari. Lagi seronok bila tengok Pemudahcara Majlis (PM) yang berzumba...yang lain ok ok jer....

Sebenarnya banyak nak cerita, tapi aku lupa...ngehngeh

Oh, okay...

Antara sebab kenapa kitorang kena tido lambat (tak abis lagi cerita tido lambat dia) huhu sebab kitorang kena berlatih cheers. Cheers ni adalah sorak semangat. So, kolej-kolej kediaman akan bertanding cheers mana yang paling power. Aku malas nak cerita kolej mana yang menang sebab bukan kolej aku yang menang kuikui...

Lawan cheers kat Dewan Tunku Canselor (DTC). Sejuk la kat situ. Aku bantai menguap jer kat situ. Dengar cerita bebudak UM dua kali je masuk situ. Satu masa MHS, satu masa konvokesyen..Sebab kekangan masa, tak dapat aku bergambo kat sekitar kawasan DTC..Sedih pulak...Ah nanti nanti lah. Banyak lagi kot masa aku kat sini.. Umur aku ni banyak habis kat belajar jer.. Bila nak kerja tah? Huhu.. 

Nak kata bangga masuk UM tu, takde la sangat. Sebab bagi aku, kat mana-mana pun belajar sama jer.. Tapi UM memang besar la kawasannya. Entah aku sempat menjelajah ke tak nanti seluruh UM nie...

Aku pun masuk UM sebab dapat kos yang aku nak. Aku nak belajar bahasa asing. So, bila dapat..aku pergi jela...takkan nak lepaskan peluang pulak...

Ni aku belanja sikit gambar masa MHS 2016/2017..

Untunglah yang depan gambar dia jer yang lebih..
Yang kat belakang nampak kepala jer...hewhew

Kitorang terbahagi kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ada beberapa orang. Kat sini kumpulan dia panggil sel. Aku sel 10. Ada la Melayu, Chinese and Indian dalam sel kitorang. Semangat muhibah lah kata kau...


Sebab masa kitorang masuk UM tu dah nak dekat Hari Kemerdekaan, so ada aktiviti pasang bendera yang tertinggi (pertandingan)... Masa ni gabung sel 10 and sel 9. Aku dah mengantuk gila dah time nie. Dengan berpeluh lagi... Aku takde la buat ye ye sangat. Just tolong unroll tali rafia jer ah..(tu jer la yang aku mampu buat pon...) haha...  Malas nak tangkap gambar. Gambar ni pun ehsan bebudak Whatsapp. Thank you guys.

Serius rindu MHS. Tapi time berzumba jer la. Kalau setiap kali perjumpaan kolej nak berzumba pun aku tak kisah. Ngee... Respect la dengan PM PM semua. Dorang lagi tak cukup tido. And lagi penat dari kitorang.. Waktu makan pon mostly dorang yang sendukkan nasi, lauk... Pastu siap berlakon garang padahal manja and baik orangnya...haha...

MHS pengalaman yang takkan dapat dilupakan. Bakal mahasiswa UM, korang rasakan la pulak next time. 

OK chaw.


Thursday, August 18

UPU result

Hai hai hai......(hati gembira sebab tu say hai sampai 3 kali aherherher...)

Selamat petang. Korang tengah buat apa tuuu...hehe..
8 Ogos 2016 yang lepas, keputusan UPU dah keluar. Mestilah korang dah check kan? I dup dap dup dap tunggu pukul 12 pm uolss. I checked dapat UITM. Alhamdulillah. Dapat course pentadbiran perniagaan (pemasaran). Esoknya baru check dapat UITM cawangan mana. So bila cek, dapat UITM Kampus Segamat. Dah dokek dah dengan umah den.

Tapi tapi tapi.... I decided not to go there.

Dalam UPU tu aku letak 8 pilihan n 4 daripada nya, aku pilih UITM. 4 lagi aku pilih UUM, UIAM, UPM n UTM. Aku letak pilihan pertama sampai pilihan ke empat : UITM (UITM dihatiku) ahaks.

Kenapa aku tak pilih UITM?
UITM banyak kelebihannya. Abang aku pun dulu belajar kat UITM (kos kewangan). Pastu berbanding universiti lain, UITM paling murah #yuran.

Sebenarnya, sejak aku berumur 18 tahun lagi, aku dah bercita-cita untuk ambik bidang bahasa (foreign language), tapi mama macam tak berapa approve. N at that time, kat rumah tak de internet. Aku pun tak terdedah dengan maklumat bidang yang aku nak ni. SO, lepas UPU keluar (masa lepas SPM), aku tak mintak pun bidang bahasa. Aku nak amik bahasa Jepun masa tu, n mama kata "Kau nak jadi apa"..Mungkin mama tak berapa tahu tentang prospek kerja dalam bidang yang aku minat tu. So, aku pun mintak la course lain. 

Serious cakap, masa isi UPU, aku tak baca syarat kelayakan. Patutnya kita baca syarat kelayakan n compare dengan result SPM yang kita dapat. Pastu baru lah boleh kita pilih. Means, kalau memenuhi syarat bolehlah mintak kos tu...

UPU result masa aku lepas SPM tu, memang aku tak dapat. Sebab tak memenuhi syarat. Yela apa tak nya, aku gi pilih kos Undang-undang padahal SPM aku 5A jew haha. Kalau 7A ke takpe lagi nak mintak kos tu. (ni lah padahnya bila tak baca syarat kelayakan). Take note ye adik-adik.

Pastu buat rayuan pun aku tak dapat. Last hope, abang aku belikan no pin Politeknik. N dia lah yang pilihkan kos. Tu yang aku dapat course marketing tu. Aku pun reda jela. Nak tak nak kena pergi. Aku pun hairan masa tu kenapa mak aku suruh sambung belajar. Pastu baru aku tahu ia disebabkan mak cik mak cik (jiran-jiran yang asyik bertanyakan aku dapat sambung belajar kat mana)....huhu..

So, bertapa lah aku kat Poli selama 3 tahun.
And aku baru dapat tahu, (rasanya masa aku masih belajar kat POli), yang kalau kita nak amik bidang bahasa, syarat dia minimum kena ada STPM. Ni syarat untuk UM. U lain aku tak tahu. Huhu, aku tak nak la cakap "OUH kalau tahu, dari dulu lagi masuk Form 6 then terus sambung U, cepat sikit."
Sebab aku rasa mesti Allah dah atur kan semuanya untuk kita. Mungkin itulah jalan yang dia bagi. Mungkin Allah nak aku belajar sesuatu (atau banyak perkara) kat Poli. So aku kena bersyukur.

Aku ambik keputusan demi minat aku. Inshaa Allah ini yang terbaik. Aku sedia terima risiko beralih bidang. Yela dulu aku belajar dalam bidang business. Sekarang aku akan further study dalam bidang bahasa dan linguistik. Inshaa Allah takkan ada penyesalan. Lagipun, lepas dapat je keputusan dari Universiti yang aku mohon untuk study bahasa Jepun, mama dah approved. Tak macam dulu. Kalau dulu, mama macam tak kasi, sekarang aku tengok mama ok jer. Lagipun aku dah terangkan apa kelebihan bidang ni. N aku dah tahu apa aku nak jadi. Mama kata "pergilah. Kalau kakak ambik course yang kakak tak minat and tak tahu nak jadi apa pun membazir jugak." I felt so glad bila mama cakap camtu. Macam mama bagi restu kan...

Belajar marketing bagi aku bukanlah satu pembaziran. Banyak selok belok perniagaan yang aku dapat tahu. N sebenarnya berniaga ni best. Cuma, aku ada minat yang lebih dari segalanya dalam bidang bahasa. I just love languages. Bila dah dapat peluang sambung belajar, dalam bidang yang aku minat pulak tu, tak kan lah aku nak tolak. Sebab aku tahu, peluang tak kan datang berkali-kali.
Kadang kala, kita cuma dapat satu peluang dalam hidup.

Macam mana aku belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh kat poli, macam tu lah aku akan buat bila masuk U nanti. Itu aku janji. Lebih lebih lagi, ini lah yang aku nak dari dulu lagi. Akhirnya, Allah dah kabulkan permintaan aku. Terima kasih Ya Allah.

I hope that Allah will ease everything for me and for us to further study. Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam. Semoga kita menjadi hambaNya yang berilmu dan memanfaatkan ilmu yang ada.

I hope one fine day, I can further study oversea. I really want to study in United Kingdom or Japan. I pray that my dreams will come true. Pray for me.

Thank you.

#tuntutlahilmu #sehinggakelianglahad

Thursday, August 4

Tips berjimat bagi pelajar IPT

Assalamualaikum dan selamat petang.

Apa khabar? Hope semua orang sihat walafiat. Nana okay cuma sekarang nie cuaca agak panas pada waktu petang..

Hari nie nak share tips-tips berjimat cermat untuk uolss yang bergelar pelajar.
Biasalah yang masih belajar ni, mengharapkan duit PTPTN ataupun biasiswa FAMA (father and mother). 

Tips berikut sesuai untuk golongan sederhana ataupun yang kurang mampu. Kalau orang kaya nak ikut cara ni pun okay jer. (kalau nak lah)...

Tips no 1

Jimat dari segi perbelanjaan makanan.
Mostly duit kita as student banyak habis untuk beli makanan. Kalau dulu masa jadi budak sekolah, mak ayah bagi duit untuk belanja kat kantin jer. Pastu tengah hari balik sekolah dah boleh lunch kat rumah. Sekarang, bila dah jadi pelajar IPT, start dari sarapan, makan tengah hari and makan malam, semuanya kena beli. Tu tak termasuk duit jajan (makanan ringan)... HUHU..

Kalau perempuan boleh lah diet, tapi kalau lelaki? I'm not sure tapi rasanya lelaki tak boleh diet. Dorang kan makan banyak. Hehe jangan marah...
Cara aku berjimat :

-Sarapan 
Air Milo/Susu (buat sendiri) air panas masak guna heater.
Biskut/ roti putih (biasanya roti jenama Gardenia and biskut Lexus)

-Lunch     
Nasi putih + ayam / Nasi putih+ ikan (RM4)
Ada certain hari aku akan ambil lauk sayur. Macam sayur kobis ke, sawi atau pucuk paku tapi aku tak ambik sayur setiap hari sebab kalau ambik sayur dah kena tambah seringgit. Seringgit tu berharga bagi aku. Aq rasa okay jer sebab dalam seminggu aku still ada makan sayur. And then, let's say hari ni aku tak makan sayur, tapi aku tetap beli makanan berkhasiat yang lain contohnya buah jambu potong RM1. Kira walaupun aku berjimat tapi aku still concerned pasal kesihatan aku jugak.

Lagi satu, dalam berjimat kita kena fikir, otak kita perlukan zat jugak. That's why lah aku lebih suka beli buah potong macam tembikai, jambu and so on daripada beli jajan or air gas. Buah potong baru seringgit atau dua ringgit tapi berkhasiat berbanding makanan ringan yang mahal tapi memudaratkan.

Air pulak, aku minum air kosong jer. Hehe ada lah aku beli air kat kafe and yes you are right!.Not every day. Kalau nak berjimat, beli bes minuman atau kordial dan buatlah air sendiri. Kalau nak minuman sejuk, beli ais je dalam RM0.20-0.40 satu plastik.



Bayangkan kalau makan tengah hari + beli air lagi... Omo..air yang plain macam teh O ais dah RM1.50, kalau air bersusu macam Milo ais/Teh ais/Horlicks ais dah RM2. Better beli bes minuman macam Sarsi dalam botol ni baru RM2 sebotol boleh tahan dalam 2 minggu hingga sebulan. Gula kau bawaklah gula dari rumah (cukai mak kau punya sikit)..




Kudap-kudapan sambil study

Time study mesti nak mengunyah kan? Ha apalagi bawak jela apa-apa kerepek dari rumah. Especially kalau baru pas hari raya. Time cuti tu kau tolong lah mak kau buat kerepek pastu balik ke kampus bawaklah sikit (cukai lagi dari mak kau)... Mak kau mesti tak kisah punya. Paling paling dia kata  "cepat sikit habis kuih raya aku" 


-Makan malam
Kalau macam aku, dulu aku kan duduk hostel, so ada kafe dalam tu. Macam petang ada jual goreng-goreng, aku just beli tu jela.

*Mee goreng/ Nasi goreng/ Kuew tiau goreng/ Meehun goreng RM2@2.5 (BERGANTUNG banyak mana kita ambik)

Ataupun kalau aku malas nak turun ke kafe, aku just makan roti/biskut+ air panas.

So dalam sehari aku hanya spent RM6-7 SAHAJA untuk makanan.
Aku rasa kalau spend RM10 sehari pun dah kira okay. So kira dalam sebulan hanya peruntukkan RM300 untuk makanan. Macam sesetengah orang, kalau makan tu nak yang best best jer. KFC, MC D, Pizza, kafe hipster....bagi aku orang yang macam ni kerja menghabiskan duit jer. Aku tak nak awal bulan makan hipster bagai nak rak, hujung bulan makan maggie. Bagi aku biar lah aku berjimat makan tak sedap asalkan dalam sehari aku ada makan nasi. Daripada makan mee segera sebab tak ada duit. Biarlah beringat, asal tak sengsara...

Tips no. 2

Share duit waktu berhibur dengan kawan
As a student, kita mestilah nak reward diri kita dengan something special lepas berpenat lelah study, berjaga malam sebab nak hadap test....jadi mata panda lah apa semua....So mesti ada hari yang kita nak berjoli.

Cara aku release stress dulu simple je. Jalan-jalan ke pekan PD (tu pun sebab nak beli barang makanan buat stok dalam bilik) kihkih.. Sambil sambil tu tengok pantai. Untung lah duduk PD kan... Pastu ada lah pergi karaoke. Macam tu jela cara aku. Best pulak bila ingat balik. Semuanya kitorang share/tong tong. Means kalau karaoke 2jam =RM28, bahagi 8 orang, sorang hanya perlu bayar RM3.50 ..nak berjoli pun kena consider duit gak. Jangan nak belanja kawan jer semata-mata nak orang anggap kita kaya. Ukur baju di badan sendiri..

Ada jugak lah pegi jalan-jalan tengok wayang kat Seremban. Tapi, bukan selalu...Tu pun sebab nak reward diri sendiri bukan sebab bosan ke hapa..Nasib baik lah aku bukan kaki berjalan. Sebab apa, makin banyak kita keluar makin banyak duit kita habis keluar jugak. Bagi aku daripada keluar peluh and duit hang out kat luar, better aku study dalam bilik. Kalau boring cari aje TV / bukak laptop tengok movie takpun layan k-drama..

Aku tak kisah kalau korang orang kaya nak belanja kawan-kawan tiap kali keluar. Tapi beb ni zaman ekonomi tak berapa bagus. Kalau datang dari keluarga sederhana tu, usahakanlah berjimat. Cari aktiviti yang lebih santai dan tak payah keluarkan banyak duit untuk bersosial. Contohnya join aktiviti-aktiviti dalam kampus. Selalunya kan, mana mana IPT pun kalau ada event, mesti ada makanan free. So, gunakanlah peluang yang ada. Join jer. At least duit belanja hari tu dah boleh save. Yer dok?

Tips no. 3

JANGAN BELI GADGET !!

Seriously, I cannot brain lah yang jenis beli gadget tiap tiap sem. Kenapa yep?
Serius cakap, better guna duit PTPTN untuk pelajaran. Jangan bazirkan untuk gadget macam smartphone. Kalau dah ada handphone, guna yang lama dah lah. Asalkan boleh berkomunikasi. Janganlah sebab 'Ouh orang tu ada iPhone aku takde, malulah" bla bla bla...kita pun nak beli iPhone. Pastu hujung sem mintak mak ayah duit belanja konon takde duit nak beli makanan. Hello? Sape suruh uolls beli ipong, belanja sakan tak ingat dunia? Kita ni dah besar. Kalau boleh janganlah susahkan ibu ayah yang dah penat lelah bagi kita pendidikan.

Tu belum kira duit topap, duit broadband... Tak dinafikan, sebagai pelajar internet memang penting. So, simpanlah data untuk cari sumber pelajaran. Bukan guna untuk tengok youtube/ drama online. Pergilah kedai mamak yang ada wifi kalau nak bukak Instagram, Facebook atau social media yang lain supaya dapat jimatkan data internet kita..Sambil menyelam minum air kikiki...

Tips no. 4

Jangan tergoda beli barang online/shopping

Sekarang kan dunia internet, segalanya dihujung jari. Nak beli apa pun, cari jer kat internet dah dapat. Ada tau yang ketagih beli barang online. Kalau macam student perempuan, tengok dress baru kat insta..nak beli. Tengok ada kasut baru..nak beli. Jangan begitu yer adik-adik. Kalau dalam setahun kan ada dua sem. Cadangan aku, beli baju baru sekali atau dua kali jer setahun. Kan ada konsep Mix and Match. Bagi aku perempuan lagi senang nak amalkan konsep mix and match berbanding lelaki. Especially yang berhijab. Contohnya, Hari Isnin minggu ni, pakai baju kurung warna biru+tudung biru. Minggu depan pakai baju kurung biru+tudung/shawl cream.

Okay tu jer lah kot yang aku boleh share. Aku rasa yang paling kita boleh jimatkan adalah belanja makan kita. Kalau kita spend RM300 untuk makan sebulan, satu sem bermakna baru RM1200. PTPTN kan RM2500. So ada lebih lagi RM1300. Duit yang lebih tu boleh kita budget untuk perbelanjaan lain pulak macam sewa rumah, bil api air (kalau sewa rumah)...

Its okay kalau korang suka berbelanja besar, asalkan tak menyusahkan mak ayah. Contohnya, korang earn duit sendiri. Every cuti sem, pegi cari kerja part time. Kerja kedai buku atau kedai makan. At least takde sape nak marah kalau kau guna duit kau.

 Ada tu yang boleh tolong mak ayah lagi hasil duit PTPTN. Thats why kita kena bijak urus duit. Macam aku, hasil aku berjimat cermat 3 tahun, ada lah lebih RM6k (duit PTPTN). Dapatlah aku bayar duit muka kereta kancil aku yang tak seberapa ini. Syukur Alhamdulillah..

Selamat berjimat cermat dari sekarang. Every single cent sangatlah bermakna.

Maaf kalau ada terkasar bahasa. And maaf jugak kalau aku tak tahu harga makanan kat kafe tempat korang. Lain tempat, lain harga. Ada tempat mahal especially kat bandar. Ada tempat yang makanan nya murah. Yang logik bolehlah dijadikan pengajaran yep? Adios.

#duniapelajar #papermoney #Coins #uruskewangandenganbijak



Friday, July 29

Resepi tak menjadi

Haha..

Petang semalam, konon-konon nak buat pizza.. Okay lah buat lah jugak.
Macam biasa lah cari resepi kat internet sebab malas nak bukak buku resepi. Buku resepi kan tebal kekeke...

Aku malas nak buka data internet kat handphone lama-lama. So, aku google resepi homemade pizza, then aku screenshot. Memang takla aku nak screenshot semua. Aku ambik yang aku rasa penting jer macam bahan-bahan, cara buat...

Dah sediakan bahan...
Buat punya buat, TAK MENJADI...
Haha (ketawa menangis)..

Mama kata takpela, first try kan..
Semalam nak dijadikan cerita, gigih la aku suruh atuk aku tunggu sekejap (atok datang umah mama), aku kata "Tok, tunggu sekejap, kakak tengah masak kuih". Aku cakap kuih sebab kalau aku cakap Pizza kang atok tak faham pulak..

Atok punyalah tunggu. 5 minit...10 minit.... 15 minit.... setengah jam.....
Tak siap-siap jugak. Last last atok dah penat tunggu, dia pun balik. Hihihi...

Aku rasa pizza aku tak menjadi sebab 1) Cara aku masak salah 2)Doh terlalu keras (kurang air).

Yela, aku kan carik resepi kat google, pastu aku just tengok kat satu resepi jer (1 blog jer)... So maybe blog yang aku tengok tu bagi cara yang kurang lengkap. 

Mama suruh aku pakai oven, aku tak nak. Degil nak pakai periuk ajaib. (Yela sebab oven tu mama dah lama tak pakai, aku ingat rosak). Ni salah satu sebab resepi tak menjadi. Bila aku pakai periuk ajaib tu, bahagian bawah jer yang masak. Bahagian atas tak masak. Pastu bahagian bawah yang dah masak tu keras gila hahaha.....aigooo tak menjadi betul...

Pastu barulah aku sibuk bersihkan oven (sebab nak guna)...

Bila dah pakai oven, okaylah..bahagian atas and bawah pizza tu masak.
Cuma pizza aku tu nipis la. Ok fine, tak seperti yang aku harapkan.

Mama pun tak nak makan pizza aku. Gigihlah aku makan sorang sorang...
Mama kata gigi mama sakit, tak boleh makan yang keras keras...

Sebab oven tu oven mini, jadi aku masak la banyak kali. 3 kali... So pizza yang first memang tak jadi (bhgn. atas tak masak), pizza kedua aku makan. Pizza yang ketiga, aku nak bagi kat nenek and atok..Tapi mama kata tak payah (sebab tak jadi kan?)... Sedih gak la. Beria aku potong sosej, udang....(as topping)

Lepas aku dah habis makan pizza tu, aku google lagi Resepi Homemade pizza. Kali nie aku click kat blog orang lain pulak. Tak ingat la pulak nama blog tu...
Laaaaaaa...baca punya baca....Aku jumpa lagi sebab kenapa pizza aku macam tak berapa nak menjadi.

Lepas letak doh kat atas dulang pembakar, kita kena rehatkan/biarkan doh tu 15-20 minit. (aku tak buat step nie)..supaya doh naik.

Ha, sekarang barulah tahu sebab kenapa resepi aku kali nie tak menjadi sob sob..

But it's ok. Aku sakit hati sekejap jer. Lain kali aku akan buat yang lebih baik lagi.... Bahan tak cukup takpe. Yang penting step kena betul.

Post kali nie, aku tak nak la letak gambar. Dah nama resepi tak menjadi. Malu lah aku oiii...Lain kali lah yer aku letak gambar. Kalau resepi aku menjadi.

Banyak lagi resepi aku nak cuba. Aku kan kaki makan. Tengok pipi lah beb. Diet? Angan angan mat jenin aku je tuuuu...

Tadi aku baru makan meehun goreng mama buat. Sepinggan uollss...x2.
Macam mana lah aku nak kurus kalau asyik makan makanan berkarbohidrat memanjang?...

Aku rasa, KURUS takde dalam kamus hidup aku.

Bye. 


p/s : Jangan sedih kalau korang pun ada resepi yang tak menjadi. Cuba lagi yer. Fightingg!!



Friday, July 22

What is the important things in my life

Hello everyone. 

Today I am going to write in English. As you know, I always write in Bahasa Melayu which is my mother tongue. But sometimes I also use Manglish (malay-english). But first, I want to apologizes for any mistake that I will do. You know that my English is not so great. I am just an average English speaker but I will try my best.

What is the important things in my life?
Sure, there is a lot of important things in my life that I can't live without.

I can live alone, I mean not alone in this world but maybe in my place, or college or wherever that many people there. I just need to have.......

MY EARPHONE and MY HANDPHONE !!!

Ya. I just Need that and I am fine without friends and family.

Believe it or not, I am so into music. Everyday, I will listening to the songs on my mobile phone. It is my favourite songs from my favourite singer like Taylor Swift (I am swifties), Demi Lovato, Jonas Brother and many more including Malaysian singer.

Life would be too dull and bored without music. Do you agree? (^_^)

I just can't imagine my life without music. Music is like my therapy especially when I am in the middle of tough condition. Music is relaxing my mind. It makes me calmer. 

I have my own songs book that I kept until now. I make the songs book since I was in secondary school. I cut the paper in my magazines which there is a songs on it. I was so obsess doing it together with my bestfriend. She also have the same hobby. Sometimes, she will borrow my songs book. And you know what, I used to bring it to my school and sang with my friend in the class when teacher was not around. Oh that was lovely memory to remember.


My songs book. 

The black and coloring wrapper was given by my ex boyfriend. Actually I wrap the book with purple wrapper, but I dont know, when he borrowed the song book, he changed it. At that time, I just accepted it and not said much. And until now, I still remain the wrapper (just because I don't want to spend my money to buy new one not because I still love him) and a bit of wants to remember him sometimes LOL...

I am music lover. I like k-pop, J-pop, RnB, pop, country and many more. I am not just listen to one genre only. But mostly I like pop songs the most. It is catchy and I can dance while hear it. 

And, I bought some magazines because there was songs lyric. Everyone will do anything for their hobbies. But that was before. Now, I just search any songs lyric on the internet. I seldomly buy magazines now because it is easier to find news or gossip through the internet.

I also write the lyrics I search from the internet using pen.
I remembered getting scolded at school by my teacher 
because I made this stuff hehe...

I really need to buy a new earphone because mine is not functioning. It only function one side while the other one is not. Huhuhuhu T_T

Next, the important thing in my life is my language books and dictionaries.
I love languages. I learnt English since elementary school. I started to love English since then. The teachers were always kind. That is why I love to learn English.


The Oxford Dictionary was bought 
using Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)

I love language subject more than calculation. I am bad at calculation. My mathematics teachers doesn't like me at all haha... But they do try to help me to get better marks for my Mathematics for example, a teacher gave me past year exam question for me to do exercise. Thanks Madam. 

My mother loves to read any type of printed materials such as magazines, newspaper and so on. I think I get my hobby (reading) from her. My grandfather also loves to read. My faher said, he got confused why we loved to read? 
(My father doesn't read so much except for whatsapp)..

Reading can increase your knowledge. And you can also know about other people experience through reading. [Jadikanlah membaca amalan kita]

Last but not least, my magazines.


Galaxie Mag.
I bought it because of the cover. Yes! 
TAYLOR SWIFT.

I bought it for RM5 but maybe right now the price increase. I don't know. Everything is expensive now because of GST. Every magazines increase in price by RM0.50-RM1.50.. 

Right now, I only buy a magazine that I really need. Which I have to know the latest trends in fashion. I also only buy magazine when I go out to town and when I have extra money. Sometimes, it annoyed you when there is many choices and you can only buy one. Erm...

That's all for today. I think, it consume a lot of time writing in English than Malay. Because I have to think twice (translating), and have to check whether my English is right or not. 

Again, I am so sorry for my English. 

See you again readers. 

Thanks for reading my new entry. (^_*)


Thursday, July 21

Resepi popcorn karamel

Hai...selamat petang.

Hari ni aku terlebih rajin pulak. Entahlah aku sendiri pun terkejut kenapa aku rajin lebih dari kebiasaan hari ni. Tersampuk angin kerajinan dari mana lah ni? Heee....

Bila buat kerja rumah ni, buatkan aku sedar. Jangan sesekali underestimate seseorang yang bergelar housewife. Ingat dorang kerja goyang kaki ke kat rumah? Banyak tau kerja kena buat.

Meh sini aku senaraikan antara kerja housewife (yang takde maid) :


  • Basuh pinggan
  • Cuci baju
  • Sidai baju
  • Lipat baju
  • Sapu sampah
  • Kemas bilik
  • Mengemop lantai
  • Memasak
Dan banyak lagi.....

Kalau yang duduk kat rumah kecik macam flet ok lagi. Tak banyak kawasan yang kena kemas. Kalau duduk rumah teres 2 tingkat ke...penat sikit la nak kemas. Kawasan besar. Banyak bilik. Sakit lah pinggang mengemas haha..
Yes tak dinafikan kerja-kerja macam ni tak berat tapi tetap require a lot of time. Sampai kekadang nak tengok tv pun tak sempat. Tapi aku buat kerja sambil tengok tv. Kalau iklan cepat-cepat lari ke dapur sambung buat kerja lain..

So, para suami kenalah menghargai isteri-isteri anda yang sedia berhenti kerja demi menjaga anak dan rela menjadi suri rumah tangga demi keluarga. Satu pengorbanan besar tu yep. 

Sebab semalam mama dah masak, hari ni turn aku pulak. Lagipun mama mesti penat buat kerja kat luar (siram pokok, membaja, and kerja2 lain)...
Aku masak simple jer. Kalau aku masak tak sah kalau takde sayur. Sayur ibarat pembuka selera bagi aku.

lauk bujang jer uolls

Amacam terliuq tak tengok masakan cek? Hahaha...(dalam hati alahai budak tingkatan satu pun boleh masak cenggini)

Ok, hari ni aku nak share resepi popcorn karamel. Haritu ada pergi TF value mart, then nampak jagung kering. Pastu aku pun terpikir la nak buat popcorn. Yela dok umah kenalah rajin masak, kang dah busy takde mana nak masuk ke dapur. 

Erm okey.. nilah bahan-bahan nya :



Bahan untuk goreng popcorn :
1) Minyak masak (sedikit sahaja)
2) Mentega/ margerine
3) Jagung kering

Mula-mula, panaskan minyak. Letakkan mentega/margerine dalam dua sudu besar ke dalam kuali yang sama. Then boleh masukkan jagung kering dalam kuali tu. Tutup kuali menggunakan penutup kuali/periuk. Dalam 2-3 minit pastu jagung tu akan meletup. (sebab tu kena tutup kuali) kalau engkorang tak tutup kuali/periuk memang bersepah ke serata dapur la popcorn korang tuh hehe..

Aku suka dengar bunyi popcorn tu meletup letup. Sambil tu, korang bolehlah gerak gerakkan kuali supaya popcorn tu sama rata masaknya.

Sebab aku guna periuk ajaib, kecik sikit so aku letak sikit je jagung tu. That means aku kena la banyak kali masak. (Repeat dari mula). Lepas dah jadi popcorn, aku keluarkan dari kuali and letak dalam pinggan besar.

Bahan-bahan karamel :
1) Mentega
2) Gula pasir

So simple bahan-bahan nya kan?
Buat dia pun tak la susah mana...

Panaskan kuali, letak mentega then masukkan gula pasir. Bila gula tu macam dah lebur/cair, masukkan popcorn tadi. Gaul bersama. Siap.

So simple. So easy.

Nilah hasilnya.


Aku biarkan sekejap dalam pinggan. Bagi sejuk dulu. Lepas dah sejuk, aku letakkan dalam bekas kedap udara. Kalau tak lemau pulak kan popcorn karamel aku kan? 

Mama suruh aku letak dalam bekas kuih raya yang warna pink tu. Ala yang mama aku letak kerepek kuih raya dalam tuuuu...Aku pun letak je. Tak sangka masih ada yang datang beraya. Eh lupa orang Malaysia kan sambut hari raya selama sebulan.. Then jadilah popcorn aku tu kuih raya haha...Suka pulak aku tengok dorang makan popcorn aku tu. Berbaloi aku masak. Semua tanya resepi hehe... 

Aku pun share lah resepi ni. Ada kawan aku kata jagung kering tu macam dedak ayam haha... Memula pun aku ada terpikir yang rupa jagung kering macam dedak ayam. Yela warnanya kan sama=KuNing.

Mama aku macam nak suruh buat lagi, sebab popcorn ni dah nak dekat habis. Masa aku buat tu, separuh dari popcorn tu aku bagi kat rumah nenek. Nenek walaupun dah tua, tapi dia suka benda-benda moden ni. Aku pun kalau masak apa apa, mesti aku bagi nenek jugak. Biarlah nenek and atok merasa.

Malam tadi, aku makan popcorn sambil tengok movie kat lappy aku. Feeling kat panggung wayang sangat haha.. Cuma takde air gas je. Teringat pulak last aku tengok wayang citer Alvin and the Chipmunk 3. Pegi ngan bestfriend aku. Aihhh bila lah nak gi tengok wayang lagi nih... 

Semangat aku nak mencuba resepi baru sangat membuak buak. Lepas ni aku rasa nak masak pizza pulak lah. Ke nak masak mash potato macam KFC tu?? Haish terlampau banyak yang aku nak cuba masak. Kita tengoklah nanti. Jadi ke tidak?.....Tunggu....


Ok bai. Nak makan dulu. Haven't take my lunch yet.
Daaa...

Tuesday, July 12

Raya 2016


Hai Selamat Hari Lebaran, Minal aidil wal faidzin..
Mari bersalam-salaman, mari bermaaf maafan...

Hari ni dah seminggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Raya tahun ni macam mana? Seronok tak..? Raya aku macam biasa jer. Tahun ni turn makcik dengan pakcik aku raya dekat rumah nenek. So diorang ada sejak hari mantai lagi. Hari mantai ni istilah orang nogori kalau tak silap (kalau salah tolong betulkan) untuk hari sebelum Hari Raya. Waktu inilah orang tua beli barang-barang basah macam daging, ayam dan kelengkapan makanan lain untuk santapan dipagi raya.

Menu wajib mak aku masak waktu raya tak lain tak bukan daging masak hitam. Ya Allah sedap tak tipu, kalau nak rasa datanglah kat rumah aku tapi selalunya ada sampai hari raya pertama jela. Raya kedua dah habis licin dahhh..

Yang kedua kuah lodeh. Kuah lodeh ni biasanya orang Johor suka buat. Walaupun aku tak duduk Johor aku tetap Johorean sebab aku kan lahir kat Johor. Kalau mama buat pekat-pekat lagi sedap. Makan pulak dengan nasi impit taruk sambal ikan bilis pulak ya Rabbi meleleh hingus (pedas weh)..

Lagi, yang wajib ada..Popia. Sebab abang aku request, dia kena lah tolong gulung popia sekali. Mostly kawan-kawan dia yang suka makan. Tiap-tiap tahun aku lah yang kerja jadi tukang goreng popia time kawan-kawan abang aku datang beraya kat rumah kami.


Ni popia yang aku buat kat rumah nenek semalam. 
Popia dekat rumah mama dah habis hadam dah ngeee
(Ni yang belum goreng)

Senang kalau ada popia ni waktu hari raya. Kalau tetamu datang boleh goreng. Pastu boleh jadikan sarapan pagi. Popia ni menyenyangkan. Cicah pulak dengan sos cili..Yummy..

Biskut raya takde satu pun yang kitorang buat. Mama cuma buat kerepek je. Apa nama kerepek tu yer? Lupa pulak..Oh namanya kerepek Tumpi. Mama buat kerepek Tumpi kacang dal. Aku pun belum rasa lagi. Celah bedah mana tah mama simpan kerepek tu hehe...

Kuih raya kat rumah ai. 
Kerepek dalam bekas Pink, biskut dalam bekas putih.

Aku kalau biskut biskut ni takdelah beria benar aku makan. Rasa satu dua jer. Kalau biskut tart nenas je yang aku boleh habiskan satu balang. Aku tengok orang lain pun ramai yang suka biskut tart nenas. Tapi tak tipulah, rasanya memang enak banget. 

Masih belum berkesempatan pergi beraya ke rumah bestfriend aku. Transport nggak ada. Kereta ada tapi takut nak parking kat tepi jalan. Yela takut ganggu lalu lintas. Rumah dia dah lah tepi simpang tiga. Satgi aku parking situ menyebabkan kemalangan pulak. Naya. Nak parking kat halaman rumah dia, lagi takut. Turun bukit kot. Curam pulak tuh. Arh, seram..(aku ada pengalaman jatuh bukit masa raya kat rumah kawan masa form 3) (T_T)...
Setiap kali raya, kalau kena beraya rumah kengkawan yang ada bukit (downward) memang aku parking tepi jalan. Trauma gitteww...

Raya tahun ni kitorang macam bertema pulak. Kitorang #TeamrayaBiru.

Feeling like princess pakai bunga dekat kepala LOL..
Favourite place to snap picture.
My mother's garden.

Adik aku dengan my oldest brother wearing purple color this raya. Dorang pakai Kurta. Beli dekat tempat yang sama, cuma saiz jer yang berbeza. Aku, mama, abah and my second brother are wearing Blue on this raya. We are #TeamRayaNegeriSembilan. Hehe...

Allright then. Sebagai orang yang duduk dirumah bersenang lenang, aku nak ucapkan selamat bekerja kepada orang yang dah mulai bekerja sejak semalam (Monday) and kepada students yang kena balik ke kuliah masing-masing harap korang dapat menerima hakikat cuti dah habis LOL.. Siapkan assignment memasing and kepada yang ada final exam ke, kuiz atau test, selamat membaca, menghafal dan selamat tidur lambat. Good Luck! 


Happy Eid Mubarak. 
Peace.
#KeamananSejagat.


Back to reality ya guys. Cuti engkorang dah habis (^_*)
Haha..