Thursday, July 21

Resepi popcorn karamel

Hai...selamat petang.

Hari ni aku terlebih rajin pulak. Entahlah aku sendiri pun terkejut kenapa aku rajin lebih dari kebiasaan hari ni. Tersampuk angin kerajinan dari mana lah ni? Heee....

Bila buat kerja rumah ni, buatkan aku sedar. Jangan sesekali underestimate seseorang yang bergelar housewife. Ingat dorang kerja goyang kaki ke kat rumah? Banyak tau kerja kena buat.

Meh sini aku senaraikan antara kerja housewife (yang takde maid) :


  • Basuh pinggan
  • Cuci baju
  • Sidai baju
  • Lipat baju
  • Sapu sampah
  • Kemas bilik
  • Mengemop lantai
  • Memasak
Dan banyak lagi.....

Kalau yang duduk kat rumah kecik macam flet ok lagi. Tak banyak kawasan yang kena kemas. Kalau duduk rumah teres 2 tingkat ke...penat sikit la nak kemas. Kawasan besar. Banyak bilik. Sakit lah pinggang mengemas haha..
Yes tak dinafikan kerja-kerja macam ni tak berat tapi tetap require a lot of time. Sampai kekadang nak tengok tv pun tak sempat. Tapi aku buat kerja sambil tengok tv. Kalau iklan cepat-cepat lari ke dapur sambung buat kerja lain..

So, para suami kenalah menghargai isteri-isteri anda yang sedia berhenti kerja demi menjaga anak dan rela menjadi suri rumah tangga demi keluarga. Satu pengorbanan besar tu yep. 

Sebab semalam mama dah masak, hari ni turn aku pulak. Lagipun mama mesti penat buat kerja kat luar (siram pokok, membaja, and kerja2 lain)...
Aku masak simple jer. Kalau aku masak tak sah kalau takde sayur. Sayur ibarat pembuka selera bagi aku.

lauk bujang jer uolls

Amacam terliuq tak tengok masakan cek? Hahaha...(dalam hati alahai budak tingkatan satu pun boleh masak cenggini)

Ok, hari ni aku nak share resepi popcorn karamel. Haritu ada pergi TF value mart, then nampak jagung kering. Pastu aku pun terpikir la nak buat popcorn. Yela dok umah kenalah rajin masak, kang dah busy takde mana nak masuk ke dapur. 

Erm okey.. nilah bahan-bahan nya :



Bahan untuk goreng popcorn :
1) Minyak masak (sedikit sahaja)
2) Mentega/ margerine
3) Jagung kering

Mula-mula, panaskan minyak. Letakkan mentega/margerine dalam dua sudu besar ke dalam kuali yang sama. Then boleh masukkan jagung kering dalam kuali tu. Tutup kuali menggunakan penutup kuali/periuk. Dalam 2-3 minit pastu jagung tu akan meletup. (sebab tu kena tutup kuali) kalau engkorang tak tutup kuali/periuk memang bersepah ke serata dapur la popcorn korang tuh hehe..

Aku suka dengar bunyi popcorn tu meletup letup. Sambil tu, korang bolehlah gerak gerakkan kuali supaya popcorn tu sama rata masaknya.

Sebab aku guna periuk ajaib, kecik sikit so aku letak sikit je jagung tu. That means aku kena la banyak kali masak. (Repeat dari mula). Lepas dah jadi popcorn, aku keluarkan dari kuali and letak dalam pinggan besar.

Bahan-bahan karamel :
1) Mentega
2) Gula pasir

So simple bahan-bahan nya kan?
Buat dia pun tak la susah mana...

Panaskan kuali, letak mentega then masukkan gula pasir. Bila gula tu macam dah lebur/cair, masukkan popcorn tadi. Gaul bersama. Siap.

So simple. So easy.

Nilah hasilnya.


Aku biarkan sekejap dalam pinggan. Bagi sejuk dulu. Lepas dah sejuk, aku letakkan dalam bekas kedap udara. Kalau tak lemau pulak kan popcorn karamel aku kan? 

Mama suruh aku letak dalam bekas kuih raya yang warna pink tu. Ala yang mama aku letak kerepek kuih raya dalam tuuuu...Aku pun letak je. Tak sangka masih ada yang datang beraya. Eh lupa orang Malaysia kan sambut hari raya selama sebulan.. Then jadilah popcorn aku tu kuih raya haha...Suka pulak aku tengok dorang makan popcorn aku tu. Berbaloi aku masak. Semua tanya resepi hehe... 

Aku pun share lah resepi ni. Ada kawan aku kata jagung kering tu macam dedak ayam haha... Memula pun aku ada terpikir yang rupa jagung kering macam dedak ayam. Yela warnanya kan sama=KuNing.

Mama aku macam nak suruh buat lagi, sebab popcorn ni dah nak dekat habis. Masa aku buat tu, separuh dari popcorn tu aku bagi kat rumah nenek. Nenek walaupun dah tua, tapi dia suka benda-benda moden ni. Aku pun kalau masak apa apa, mesti aku bagi nenek jugak. Biarlah nenek and atok merasa.

Malam tadi, aku makan popcorn sambil tengok movie kat lappy aku. Feeling kat panggung wayang sangat haha.. Cuma takde air gas je. Teringat pulak last aku tengok wayang citer Alvin and the Chipmunk 3. Pegi ngan bestfriend aku. Aihhh bila lah nak gi tengok wayang lagi nih... 

Semangat aku nak mencuba resepi baru sangat membuak buak. Lepas ni aku rasa nak masak pizza pulak lah. Ke nak masak mash potato macam KFC tu?? Haish terlampau banyak yang aku nak cuba masak. Kita tengoklah nanti. Jadi ke tidak?.....Tunggu....


Ok bai. Nak makan dulu. Haven't take my lunch yet.
Daaa...

No comments:

Post a Comment