Sunday, November 19

Susu pisang aka Banana Uyu

Annyeong...

Ha, entri kali ni pasal susu pisang a.k.a Banana uyu. Disebabkan aku belajar bahasa Korea untuk subjek elektif, haruslah tahu apa tu banana uyu. Kalau kat Korea memang famous la Banana uyu ni. Kalau orang Malaysia gi Korea macam tak sah pulak kalau tak beli Banana Uyu.

Uyu = Milk
Banana =Pisang

(BM = Susu pisang)

Punyalah mencari susu pisang ni. Mula-mula aku try beli kat kedai runcit tapi jenama Pokka. Rasa dia biasa jer. Tapi sedap la jugak. Boleh la daripada takde haha... ok ok jer. Harga kat kedai runcit tempat aku stay sekarang dalam RM1.50..

Ok. Untuk mendapatkan Banana uyu yang original, disebabkan aku dengar dari kawan aku, dia cakap banana uyu ada jual kat Family Mart. Aku pun apa lagi, plan punya plan nak gi Family mart, ada jer halangan. Tak pergi-pergi. Busy la konon. 

So hari ni, aku berkesempatan pegi Family Mart yang dekat Midvalley Megamall. Aku memang selalu gi Mid sebab dekat ngan kolej kediaman masa first year kat universiti. Tapi sekarang dah second year, aku duk luar kolej kediaman. Dah jarang gi Mid. Sebab mall lain depan rumah sewa aku jer ha..

Tadaaaaa


 Ha amik kau beserta resit lagi.. 
Aku beli 2 kotak. Sebab nak belanja kawan aku.. Huhu, memang dah lama nak belanja dia Banana Uyu.. 

1 kotak kecik RM5.70 (mahal nya), bagi student macam aku... kalau aku dah kerja tak kisah la kan haha tapi mengidam punya pasal..

Patutlah ada budak Chinese satu fac ngan aku cakap mahal..
200 ml (kecik comel jer)

Sambil jalan sambil minum tuptup dah habis kehkehkeh

Aku pun first time membeli kat Family mart ni. Sebelum ni, aku just teman kawan aku jer. Dia selalu beli aiskrim kat Family Mart. Yang aku perasan, Chinese memang ramai masuk family mart. Melayu pun ada. Tapi, tak seramai Chinese.

Family Mart kat Midvalley Megamall kat North point F027 kalau tak silap aku.. Depan Guardian and dekat dekat Kedai RotiBoy.



Kalau kat Korea packaging Banana uyu ni yang botol tu.. Huhu, tak sabar nak gi Korea. Nak rasa yang botol tu pulak... Harini selera ala-ala Korean sikit.. Haha misi kecil dah tercapai nak rasa Banana uyu.. yummy...

Tak silap aku, ada usahawan dah buat susu pisang dalam botol secara komersial kan.. Dorang jual melalui medium media sosial. Tapi tak sure berapa ringgit..
Ok la tu. Sebab kat Malaysia kan banyak pisang. And pisang yang dijual kat Malaysia sangatlah murah compared to pisang yang dijual kat Japan or Korea.


Lepas dah gi Mid, aku singgah KL Gateway Mall pulak.. Sesambil duduk tu, aku dengan kawan aku makan seaweed.. 


 Kim atau pun seaweed dalam bahasa Inggeris.
Rangup and sedap.
Next time nak cuba makanan Korea yang lain pulak..

Sampai sini dulu cerita aku. Mengantuk lah pulak seharian berjalan. Yela, hari ni kan Ahad. Weekends ni tau jela Mid tu macam mana. Sesak dengan ribuan orang. Nak jalan pun susah.. Dengan budak-budak, mak bapak budak lagi hehe...

Goodnight and for those yang belum try Banana Uyu should try it. Sumpah sedap. Daaaa....

Wednesday, November 15

I Feeling like giving up my studies

Hello and assalamualikum. I have not write here since more than a month I think. I feel like I will be honest with my feeling through this blog only.

On July 2017, my dad was attacked with stroke. Half body. That is one of my reason why I feel like quitting my study. Another reason is, my academic result was so dissapointed. Last semester, I joined college activity, it took a lot of my free time. So I almost did not have time to do revision. But, I still managed to do assignments. But you know, assignments and revision is two different things. 

When I got my academic result for last semester, I feel like "WHATTTT?"
I got under 3.00 GPA which I never been through that. I laughed because I thought that was crazy. The most crazy thing that happened to me. I literally feel sad after 2 weeks after received my academic result from my university. My mom said, "Hey, you still can laugh in this situation?''

If only my mom know, I feel like zombie (mayat hidup) and did not have the ability to solve the problem. So I laughed. But deep inside me, I felt so sad. And actually I can not believed it happened to me.

Well actually, I knew that maybe my result will not be as high as before, but I did not expected to Failed. Yes, I failed one of my major course subject! Just one and it ruined my LIFE. For other subject, I got mostly A and B..

Can you imagine my feelings??

Because I failed the subject (one), I have to repeat that paper and that means I have to extend my study. Can you imagine, my course take 3.5 years to be accomplished but I have to extend sooooooo....T_T

Just so you know, I am not that young anymore. 
I have a diploma in different field from my current study, so I have disadvantage too which is I did not have many experience in my previous study. In fact, I have to start from level one or start from the bottom if I want to use my diploma to apply for job.

Life is tough right now. I apply for jobs because I already plan to quit my study. I did not have many choices. My financial too is not stable. Life is sooo hard that I have to make this decision.

I actually have many reasons to quit than stay. 
I have to think deeply and have to consider from many aspects. I actually want to help my mother. I want to earn money for her. If I do part time job, I do not think I can handle that. I can not do two things at the same time. 

I already send official letter to quit from my university. I feel sad,when I walk to the department office, I feel like crying. If I have choice, I want to start a new. But, I have to. I can not do anything. No one there to help me. My friends ask me to stay. But I feel like Lifeless when I go to class.

Maybe if I left, I left for good. I do not want to waste my time, energy, and money to do things that I did not have passion anymore.

If only I can turn back time.....
There is one thing I will do.
(The things that will make I pass all my subject)
TO ATTEND THE PRESENTATION.

That 'one' day that ruined my life.

So, my advise to all students...
This is not the advise because I am good,...
But because I do not want you to repeat my mistakes.

-Do all the task that given by your lectureres. (assignment)
-Don't be lazy too attend class or presentation (please don't)
-Respect your lecturer (if you do not like them, it is hard to have their blessing)

That's all from me. 

T_T

Wednesday, February 8

Kem Feseni 2016/2017

Hai. Selamat pagi uolls..

Orang lain cuti sebulan lebih, aku cuti lebih kurang 3 minggu jer. Tu pon dok umah sendiri seminggu jer, selebihnya aku habiskan cuti kat rumah abang aku kat Batu Caves.

Rasa penat sikit beberapa hari ni. Sebab ada kem Feseni. Aktiviti masa kem ni takla strict sangat cuma macam kurang tidur sikit la. Aktiviti dari pagi hingga ke tengah malam. 

Yang bestnya kem ni, makan free hahaha..
Tapi sebab nak jimat cost so lauk ayam la hari hari. kalau aku rasa tak nak makan, aku tak makan. Tapi at least aku makan sekali sehari la..

Kat sini, makan 3 kali.. lauk semua sedap2.. so far so good.

Aku rasa aku nak join kali ni jer kot. Pasni nak cuba aktiviti lain pulak..hehehe..Ingat nak study sikit masa kem, haha indah khabar dari rupa. Mana nak menyempat beb... Waktu rehat pon adala paling lama 2 jam untuk mandi, makan and solat. Tapi tak kisah la, sebab pengurusan tertinggi kata, kolej dah keluarkan budget yang banyak untuk kem ni.

Semua pasukan pun aku tengok bertungkus lumus berlatih. Ada yang balik pukul 1.30 a.m. Lagi lambat dari kitorang balik.. Takde alasan cakap penat ke apa, sebab orang lain pun sama, penat macam kita jugak.

Lagi beberapa hari jer nak habis kem ni..Ada satu hari tu, dorang gi outing sesama, tapi aku malas nak ikut. Sebab aku nak tido haha..
Aku memang malas nak keluar. Nasib baik tak ikut sebab dorang balik lambat kot. Kol 2.30 a.m..aku waktu tu dah lena dahh dibuai mimpi Zzzzzzz....

I just hope that my team can get placing masa pertandingan nanti..
That's all for today.. Bye..

Tuesday, January 10

Cuti Semester and azam 2017

Hai semua.

Start Jumaat lepas, aku dah start cuti semester. Yahooo...setelah berhempas pulas memerah otak dalam dewan periksa, tibalah masa untuk berehat..

Aku stay kat rumah abang aku kat Batu Caves. Saja nak mengisi masa lapang kat bandar. Nak merasa suasana bercuti kat bandar. Selalunya kalau cuti aku duduk kat kampung jer. 

Aku bukan nak stay sesaje jer kat sini. Tapi aku dah plan beberapa aktiviti kat sini. Aku dah bayar duit pendaftaran untuk kelas. Kelas apa? Ahaa, rahsia. Tapi kelas ni memang berguna la untuk masa depan aku. I hope everything will be okay. Harap satu hari nanti aktiviti ni dapat jadi mata pencarian aku. 

Untuk 2017 ni, aku harap sangat yang aku boleh save duit untuk aku gi travel ke, shopping ke... Memang target aku nak gi travel guna duit sendiri. Aku terfikir nak buat part time. Since every Friday, Saturday and Sunday aku cuti. Takde kelas. Better aku gi buat part time. Dapat jugak la duit. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Sebenarnya, part time ni ikut kita rajin ke tak. Bak kata pepatah Arab, siapa yang menanam, dialah yang menuai.

Kalau takde halangan, Inshaa Allah aku nak cuba buat part time. Yela, sepatutnya dari dulu lagi aku cuba. Tapi aku rasa start sem depan aku dah ready. Yela, bagi aku sem 1 adalah sem permulaan dan sesi aku mengenali tempat aku stay, keadaan nya macam mana. So sekarang ni aku rasa semua pun ok. Transport, boleh guna grabcar. Aku tengah set dalam minda aku, "Ok Nana, buat je.'' Kadang kita kena motivate diri sendiri. Cabar diri kita sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi.. Yela yang nak berjaya kan kita sendiri.

Azam aku untuk 2017 ni satu je kot. I want to make money. Yes, nak buat duit.
Alhamdulillah, duit tak pernah tak ada. And sepanjang jadi pelajar, tak pernah ikat perut semata-mata sebab takde duit. Syukur sebab aku bukan minah kaki shopping tak tentu hala, hujung sem ikat perut. And lagi satu, nasihat aku (kot la ada pembaca blog ni still student), jangan sesekali cakap "aku takde duit la'', ''saya dah takde duit langsung'', SEBAB.. kata-kata tu satu doa. Bukan lah kita nak menipu yang kita takde duit ke apa.. Just kita nak kan sesuatu yang positif. Lebih baik kita tukar dengan, "Duit aku tinggal $$ so aku kena jimat sikit", takpun, "Eh takpela, u guys jela pegi, i nak save duit sikit'' like that.. 

Betapa pentingnya duit pada zaman ni. Sekarang ni RM1 kau mampu beli apa jer. Beli gula-gula je la.. Sekarang RM50 pun, kalau beli stok makanan untuk bebudak asrama, dapat apa jer. Barang sekarang sangat mahal. Pada pendapat aku la, daripada pergi makan kat tempat hipsturrr baik beli barang makanan macam biskut, mee segera, air kotak untuk sebulan dua punya. At least time lapar kau boleh makan. Daripada makan sekali kat kedai hipsturr tapi mahal gilos and kenyang waktu tu jer. Zaman sekarang kita kena bijak berbelanja. Kalau boleh semua kena plan. 

kalau dulu, aku pegi sekolah masa sekolah rendah, bawak duit RM0.50 je. Cukup untuk beli mee atau nasi goreng sepinggan. Air aku bawak dari rumah.. Kadang nenek aku bagi RM0.70. Dapat la beli air satu cawan. Bila naik tahap 2 (darjah 4-6) barulah dapat RM1. Kalau dulu oklah zaman 2000 camtu. Bebudak sekarang mana nak dapat camtu. Paling2 sekolah rendah bawak RM3-RM5. Yela apa tak nya, nugget 2 ketul dah seringgit. Makan nugget je mana nak kenyang beb. Mak-mak zaman sekarang semua kerja. Kalau jenis multitasking nak sediakan bekal anak takpela. Kot jenis tak menyempat, memang hulur jela kat anak duit belanja.

Ingat lagi masa sekolah menengah, mak aku bagi RM50 untuk duit belanja sebulan. Itulah duit makan, duit minyak,duit nak beli majalah. Haha... Cukup beb, malah berlebih and aku boleh simpan untuk bulan berikutnya. Tapi itulah, aku gi sekolah dulu, tak makan pun masa rehat. Aku makan kat rumah. Pergi sekolah pukul 7 pagi-2.30 petang, balik je terus cari nasi. Tapi pepagi sebelum pergi sekolah memang aku sarapan dulu lah..Kalau tak, tak bermaya pulak aku..

Ok sebenarnya aku cerita dari mana ni,.. kenapa boleh sesat kat sini.. haha...
OK, back to the previous... So I hope I can achieve my goals for this year. Hope that you guys can also achieve you target too. 

#MoneyisImportantnowadays #2017goals #makingmoney