Monday, April 18

My brother's solemnization

Yesterday was a big day for my oldest brother. Finally. he became a husband to his wife. I am so touched of watching him changed from bachelor to a husband.

Jika sudah tertulis jodoh di Luh Mahfuz, 
tetaplah dia sebagai jodoh kita yang telah ditakdirkan.


Sebagai anak sulung, dia menggalas banyak tanggungjawab. Aku akan sentiasa tabik kepada sesiapa sahaja yang bergelar anak pertama dalam keluarga sebab tak dinafikan mereka akan terbiasa berdikari. Same goes with my brother. Anak pertama akan selalu jadi contoh kepada adik-beradik yang lain. Jadi mereka kena buat semua all out.

Tak akan aku lupa pertolongan yang abang-abang aku buat. To me and to each other. Kadang aku selalu mengomel, kenapa aku jadi anak perempuan tunggal dalam keluarga? Tapi mengenangkan yang mereka akan selalu bantu aku, aku jadi bersyukur.

Waktu kecik, yang ajar aku naik basikal, mestilah abang aku. Bila dah besar, drive kereta pun, abang jugak yang ajar. Both of my brothers are so supportive and protective. Even bergaduh bagai nak rak masa kecik, tapi tak payah mintak maaf pun. Tengok-tengok dah ok. Adik aku pun sama. Bergaduh berebut remote tv lah apa lah.. Benda remeh haha..


Why must time flies so fast? Jika diberikan pilihan, aku tak mahu menjadi dewasa. Aku nak jadi kanak-kanak yang tak perlu memikirkan masalah. Tapi nak tak nak kita kena menghadapi reality..

Masa kecik semua comel hehe..

My youngest brother and I

Huhu masa kecik. Zaman nakal. Zaman kritikal nenek and atuk jaga kitorang. 
Adik-beradik ni adalah harta yang kita tak dapat ganti. Bergaduh dengan diaorang, tapi bergembira jugak dengan diaorang. Semuanya kita lakukan sebab we are brothers and sister. (T_T)

Betullah. Yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu. Rindunya dengan zaman kanak-kanak..

I hope eventhough didong oppa dah ada family sendiri, dia akan still care pasal keluarga kandung. 

Tahun depan ntah ntah dapat anak buah? Huhu... Mesti comel macam weolls dedulu kahkah..

Hat yang sulung dah lepaih, 3 lagi menyusul.. Inshaa Allah jika jodoh yang sampai dulu..

Akad nikah dah selesai. I have to be prepared for the wedding occasion..


May Allah s.w.t bless their marriage. I hope they can be 
a happy couple.
#solemnization #dd_Sholeha #16April2016



Monday, April 11

So worried about my car

Hai..

I just bought a used car few weeks ago. Konon-konon nak guna untuk belajar je kereta tu.. Tengok luaran kereta tu memang ok. Kwang3x bila balik rumah, itu rosak, ini rosak..I was like *Deep sigh*

Aku jenis malas gila nak start motor skuter aku (dulu la masa sekolah), then kalau 2-3 hari tak start, mulalah payah nak start guna button. Kenalah start guna starter kaki. 

Same goes with my car. Malas gila nak start hari-hari.. Malas nak start satu hal, nak bawak lagi malas. Haha taktau la kenape..Sampai atok aku kata, "Dah beli kereta bawak la". Aku bukan apa, takut la nak drive sensorang. Before this, abang aku yang teman bila aku drive, kira dia jadi macam cikgu memandu aku la..Sekarang, dia dah balik IKM untuk sambung belajar , so takde lah sape-sape nak teman..Ni bila nak bawak sendirian rasa tak confident lak. Huhu.. Atok aku kata, bila nak pandai, bawak je pusing-pusing..

Tula, bila orang tua kata, jangan degil. Terimalah padahnya...
Lepas 3 hari membiarkan kereta tu sendu tak berlagu dekat garaj kereta, aku pun fefeeling rajin nak start kereta. Takde niat pun nak bawak. Sekali, bila nak start, hampeh.. tak boleh!!!! Urghh aku dah stress dah.. Dah la abang aku ke, abah aku ke, takde kat rumah... Siapa nak tengokkan...T_T

Aq dah rasa nak jual semula kereta tu haha, sebab rasa stress kereta tak leh start. Bila google kat internet, n tengok punca-punca kereta tak leh start, baru lah faham sikit . Bila cuba lagi, tetap kereta tak leh start, aku pun give up n masuk rumah cari makanan hehehe...Kebetulan, abang n abah aku nak balik minggu ni, so i was thinking of waiting for them to solve the car's problem. 

Aku syak bateri dah kong. Tapi bab-bab enjin or dalaman kereta bukan aku tau sangat pun, Perempuan lah katakan..Maybe it's my luck, my uncle balik Palong. So dialah penyelamat kereta aku behehe... Alhamdulillah, Tuhan tolong aku, lebih cepat dari aku sangka..

So memang betul lah bateri kereta dah kong..Pak cik aku yang tukarkan bateri. Nasib baik dia ada.. Dia kata, bateri kereta tu boleh cas. Kalau cas pun dalam RM2 . Aku tak tanya pulak kalau beli bateri baru berapa. Tapi rasenye mahal dalam RM100++ and above (refer internet and mostly blog orang lain)..(*_^)

Sekarang, barulah aku tau, mempunyai kereta tu bukanlah sesuatu yang mudah. Memerlukan banyak kos, kena servis selalu, repair itu, repair ini (kalau kereta terpakai la). Kereta baru pun kena jugak check n pergi servis tapi taklah sekerap macam kereta secondhand..

So bila masalah dah selesai barulah happy sikit muahaha...
Barulah tahu cas positive and negative bateri kat mana. Kipas radiator kat mana,..Lega sikit..Aku rasa banyak lagi aku perlu belajar tentang kereta. Yelah aku pun takut kalau drive tetiba terberhenti tengah jalan.. (mesti aku panik).

So,esok aku kena lah drive... Kenapalah beli kereta kalau tak nak bawak. Huhuhu.. Takut tu ada. Tapi, I will try to overcome my fear. Pray for my safety ya readers. Thank you..

Rasa best jugak bila dapat pegi kemana-mana bawak kereta. Masa beli bahan-bahan nak buat aiskrim sumi pun, aku yang drive pegi kedai, haha tapi ada abang aku la kat sebelah. Hopefully, by next week I can drive bravely and cofidently.

*Korang rase, family aku takut tak nak jadi penumpang kereta aku?
Pernah ajak mama tapi she did not say yes at all bila aku ajak teman. Maybe she was scared. 

Monday, April 4

Resepi aiskrim Sumi

Hola n selamat tengah panas uolls sekalian*

2-3 hari ni keja aku kat rumah asyik buat aiskrim Malaysia jer. Buat yang tak tahu apa benda aiskrim Malaysia, meh sini aku bagitau...

Aiskrim Malaysia adalah sejenis aiskrim buatan sendiri yang diletakkan dalam plastik, kemudian disejukbekukan. Depends on korang sendirilah nak perasa apa. Kalau dulu nenek aku selalu buat eskem perasa anggur, milo, bandung, oren and macam-macam lagi. Nenek aku siap boleh jual lagi n masa tu dia jual dalam RM0.10-RM0.20.. Ramai gak lah bebudak yang beli eskem ni kat nenek aku. Dedulu bolehlah jual memurah sekarang tak dapek do..

Seronok betul bila teringat masa kecik-kecik selalu makan aiskrim ni pastu bila dah habis makan, tiup plastik tu then letupkan(pijak pakai kaki) haha tak de kerja..

Yang tukang habiskan aiskrim-aiskrim nenek aku tentulah adik-beradik aku jugak kahkah...Peti ais nenek penuh dengan aiskrim Malaysia..Tapi tu semua dulu. Sekarang nenek dah tak buat lagi aiskrim ni. So sementara aku ada kat rumah, biarlah aku merajinkan diri buat aiskrim Malaysia.

I decided to make 'Aiskrim Sumi' sebab eskem ni famous sekarang. Saje-saje jer cuba. Ha menjadi ke tidak?

okay, let's take a look at it's recipe :-

1) Susu cair
2) Susu pekat
3) Air putih
4) Sumi
5) Garam
6) Buah-buahan dalam tin

Of course la aku pun tengok resepi ni kat others blog, sebelum aku buat sendiri for the first time..


Sebahagian daripada bahan-bahan, iaitu:
Susu pekat n plastik aiskrim.

Bahan utama maybe Sumi lah kot. Dah nama pun eskem sumi. Hehe..
Orait. Kalau tengok kat resepi orang lain dorang guna 1 tin susu pekat n satu tin susu cair. Kalau aku pulak, aku just guna 1 Tin susu cair n setengah tin susu pekat. Garam guna secubit je.

First : Masukkan susu cair ke dalam periuk. (periuk kecik pun okay)
Add some water. Then, tambahkan susu pekat, kacau, n didihkan..(kena masak dulu yer bahan-bahan ni). After that, tambah secubit garam. Fungsi garam adalah untuk menambahkan lemak susu tadi.

Second: Biarkan bahan-bahan di atas sejuk. Sambil-sambil tu bolehlah potong sumi.. Mula-mula buat, aku potong sumi kepada dua bahagian jer. Pastu kali kedua buat, aku potong kecik sikit biar nampak sumi tu banyak.

Third: Masukkan sumi dan buah-buahan dalam tin ke dalam plastik aiskrim..
Lepastu masukkan bahan-bahan yang (first). Then ikat bahagian atas plastik. Siap. Boleh sejukkan dalam freezer.

Aiskrim Sumi Resepi Nanako

Inilah hasilnya

Ada orang yang suka aiskrim yang betul-betul beku. Kalau atuk aku, Mama kata dia lebih suka yang separuh beku. (^,^).. Korang pulak macam mana?

After buat aiskrim Sumi, abang aku yang kedua tu request kat mama aku suruh buat aiskrim bandung. Sebagai adik yang baik (chewahh giteww), aku pun buatlah.. Lagipun kalau tak buat kempunan pulak dia..

Beberapa hari sebelum buat aiskrim ni, aku dah cakap dah dengan nenek yang aku nak buat Aiskrim Sumi. So nenek macam excited lah. Bila jer aiskrim ni dah siap+ beku, aku terus hantar kat rumah nenek. N orang pertama yang makan tak lain tak bukan, *my grandfather*

I was so happy dapat masak atau buat resepi terbaru untuk my familia.

Kepada korang, Selamat mencuba.

p/s: Buah-buahan dalam tin kalau takde pun takpe. Itu idea mama untuk sedapkan lagi Aiskrim Sumi.



Sunday, April 3

Kembali ke Politeknik

Salam 3 April..hye semua (*_^)

Ok. Kejap jer masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah bulan 4..Rasa macam baru semalam masuk tahun baru..

Setelah berbulan meninggalkan PoliPd, I came back there to take my certificates. Obviously sijil Diploma (sebab tak pegi konvo kan) kuikuikui...
And transkrip, sijil AKJ, surat pengesahan tamat belajar n apa lagi erk? Tu je kot..

Folder, medal dari Poli..Dalam folder tu boleh la letak 
sijil-sijil korang yep :-p

Pasni kepada sesiapa yang berhajat cam malas pegi konvo ke, tak nak pegi ke or tak dapat pegi sebab hal tertentu ke boleh lah suruh poli pos jer ke rumah uolls. Nak ambik sendiri pun boleh. For my case, aq ambik sendiri jer sebab sajer nak jalan-jalan ke PD. Kebetulan mak aku nak beli barang kat Senawang so sekali jalan lah tu.. Aku nak pegi naik bas jer. Nenek aku pulak tak kasi..Mesti dia takut aku kena culik sebab dah lama tak naik bas g pedeksen. ..ngehngehngehh..Tapi bagi diploma ambil sendiri n penghantaran diploma by pos ada bayaran and bayarannya berbeza. N lagi satu kena bayar dulu kat kaunter Bank Islam.

Bila dah ambik sijil-sijil ni barulah boleh aku nak pos dokumen-dokumen yang diperlukan ke UA yang aku pohon dalam UPU. Kena buat cepat ni coz tarikh akhir sebelum 15 hb April kalau aku tak silap.

Punyalah lama masa nak abiskan diploma.. 3 tahun beb..
Tapi tak ada yang dinamakan tak berbaloi bila berkaitan dengan ilmu. Yang penting, bila belajar kena ikhlas..Kita belajar bukan sebab kita pandai. Sebab kita tak tahulah kita belajar. 

Bagi aku bidang pemasaran amat asing buat aku pada permulaannya. Bila dapat course ni, aku dah cuak. Aku cakap dengan mama n abang aku (dia yang apply kan untuk aku), boleh ke aku bawak course ni sebab Matematik aku lemah. Haha alasan.. Tapi dah ini yang dapat aku teruskan jela. Ambik kau sem 1 belajar Akaun n sem berapa ntah ada belajar Statistik. Mikroekonomik n Makroekonomik lagi... Tapi boleh jer so far masa tu tak failed pun. Sebab apa? Sebab belajar n bagi perhatian masa lecturer mengajar..padahal masa kat Sekolah Menengah kemain lemah Matematik n aku rasa cikgu Matematik paling tak suka aku haha...Sebab lembab n blur-blur. (Masa sekolah aku suka berangan n tak paham langsung apa yang cikgu ajar). Tapi bukan salah cikgu, salah aku sendiri. Ingat lagi masa sekolah selalu ponteng sebab admath or Matematik tak siap. Malas pergi sekolah sebab subjek-subjek cenggini lah..

Sebab aku selalu ponteng, mama pun dah tak boleh cakap apa dah. Tapi pernah jer aku kena luku kat kepala sebab tak nak pegi sekolah. Kena hanger pun pernah... Haha, macam-macam..bagi aku zaman sekolah yang best hanyalah dari form 1 until form 3.. Pastu zaman kegelapan aku nak nak sebab kena amik Sains tulen. Nasihat aku kat adik-adik sekalian, belajarlah rajin-rajin. Untuk subject yang korang lemah, belajar lah dengan kawan-kawan sebab kalau dorang ajar kita lebih faham sebab dorang selevel ngan kita. Cikgu or lecturer lebih pakar so korang kena banyak bertanya jugaklah jangan malu jangan segan. Bila kita bertanya, kita akan nampak bodoh selama 5 minit but kita akan dapat ilmu baru. Berbanding bila kita tak tanya, selama-lamanya lah berada dalam kebodohan..#Playdumbandyouwilllearnmore

Ok habis pasal sekolah menengah. Berbalik pasal poli kehkeh..
Konon aku nak kerja lah cepat-cepat lepas habis exam. Then ada pegi IV. Tapi macam haram sebab maybe salah aku jugak cari dari sumber yang picisan. Then cuba lagi n kerja tak lama pun then I quit. Sebabnya, mungkin mama tak suka kerja aku tu.. Mama taknak aku pergi tempat yang dia rasa tak selamat n tak terjamin  tapi aku degil, nak jugak pergi.. Then barulah aku faham, apa-apa pun keizinan ibubapa tu penting..huhu...

Kalau dapat kerja yang terjamin maybe aku terus kerja. But kalau bukan rezeki bekerja, maybe aku sambung belajar lagi. Masih muda kan...behehe..
Tulah, aku nak merancang sangat pun, belum tentu perancangan aku tu terbaik untuk aku. Aku reda jer. Dah berusaha. Tawakal. Kadang kita berusaha sungguh-sungguh pun, kalau Tuhan kata tak, tetap tak. Siapalah kita nak halang or tentukan. 

Rezeki kita, kita tak tahu..Tapi rezeki tu kan luas. Tak semestinya wang ringgit. Kesihatan, ibu bapa, keluarga pun rezeki jugak. 

Apa-apa pun aku nak tunggu wedding abang aku selesai dulu then baru boleh free kemana-mana. Sekarang ni banyak nak fikir. Nak tolong mama aku apa yang patut. Mama suruh aku jadi orang kanan dia uruskan wedding abang aku. First time kan,. Sekarang pun dah busy, but after the wedding I will get my freedom yahuuuu...

So sekarang diploma ni dah boleh buat pekasam haha.. No lah. Simpan ditempat yang sepatutnya dan guna bila perlu. I hope I can be someone yang beneficial buat family aku. Meski bukan wang ringgit, tapi tenaga pun not bad jugak kan? (T_^)

Alright. Nak dengar muzik pulak. 
Goodnight. #muahciked