Salam 3 April..hye semua (*_^)
Ok. Kejap jer masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah bulan 4..Rasa macam baru semalam masuk tahun baru..
Setelah berbulan meninggalkan PoliPd, I came back there to take my certificates. Obviously sijil Diploma (sebab tak pegi konvo kan) kuikuikui...
And transkrip, sijil AKJ, surat pengesahan tamat belajar n apa lagi erk? Tu je kot..
Ok. Kejap jer masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah bulan 4..Rasa macam baru semalam masuk tahun baru..
Setelah berbulan meninggalkan PoliPd, I came back there to take my certificates. Obviously sijil Diploma (sebab tak pegi konvo kan) kuikuikui...
And transkrip, sijil AKJ, surat pengesahan tamat belajar n apa lagi erk? Tu je kot..
Folder, medal dari Poli..Dalam folder tu boleh la letak
sijil-sijil korang yep :-p
Pasni kepada sesiapa yang berhajat cam malas pegi konvo ke, tak nak pegi ke or tak dapat pegi sebab hal tertentu ke boleh lah suruh poli pos jer ke rumah uolls. Nak ambik sendiri pun boleh. For my case, aq ambik sendiri jer sebab sajer nak jalan-jalan ke PD. Kebetulan mak aku nak beli barang kat Senawang so sekali jalan lah tu.. Aku nak pegi naik bas jer. Nenek aku pulak tak kasi..Mesti dia takut aku kena culik sebab dah lama tak naik bas g pedeksen. ..ngehngehngehh..Tapi bagi diploma ambil sendiri n penghantaran diploma by pos ada bayaran and bayarannya berbeza. N lagi satu kena bayar dulu kat kaunter Bank Islam.
Bila dah ambik sijil-sijil ni barulah boleh aku nak pos dokumen-dokumen yang diperlukan ke UA yang aku pohon dalam UPU. Kena buat cepat ni coz tarikh akhir sebelum 15 hb April kalau aku tak silap.
Punyalah lama masa nak abiskan diploma.. 3 tahun beb..
Tapi tak ada yang dinamakan tak berbaloi bila berkaitan dengan ilmu. Yang penting, bila belajar kena ikhlas..Kita belajar bukan sebab kita pandai. Sebab kita tak tahulah kita belajar.
Bagi aku bidang pemasaran amat asing buat aku pada permulaannya. Bila dapat course ni, aku dah cuak. Aku cakap dengan mama n abang aku (dia yang apply kan untuk aku), boleh ke aku bawak course ni sebab Matematik aku lemah. Haha alasan.. Tapi dah ini yang dapat aku teruskan jela. Ambik kau sem 1 belajar Akaun n sem berapa ntah ada belajar Statistik. Mikroekonomik n Makroekonomik lagi... Tapi boleh jer so far masa tu tak failed pun. Sebab apa? Sebab belajar n bagi perhatian masa lecturer mengajar..padahal masa kat Sekolah Menengah kemain lemah Matematik n aku rasa cikgu Matematik paling tak suka aku haha...Sebab lembab n blur-blur. (Masa sekolah aku suka berangan n tak paham langsung apa yang cikgu ajar). Tapi bukan salah cikgu, salah aku sendiri. Ingat lagi masa sekolah selalu ponteng sebab admath or Matematik tak siap. Malas pergi sekolah sebab subjek-subjek cenggini lah..
Sebab aku selalu ponteng, mama pun dah tak boleh cakap apa dah. Tapi pernah jer aku kena luku kat kepala sebab tak nak pegi sekolah. Kena hanger pun pernah... Haha, macam-macam..bagi aku zaman sekolah yang best hanyalah dari form 1 until form 3.. Pastu zaman kegelapan aku nak nak sebab kena amik Sains tulen. Nasihat aku kat adik-adik sekalian, belajarlah rajin-rajin. Untuk subject yang korang lemah, belajar lah dengan kawan-kawan sebab kalau dorang ajar kita lebih faham sebab dorang selevel ngan kita. Cikgu or lecturer lebih pakar so korang kena banyak bertanya jugaklah jangan malu jangan segan. Bila kita bertanya, kita akan nampak bodoh selama 5 minit but kita akan dapat ilmu baru. Berbanding bila kita tak tanya, selama-lamanya lah berada dalam kebodohan..#Playdumbandyouwilllearnmore
Ok habis pasal sekolah menengah. Berbalik pasal poli kehkeh..
Konon aku nak kerja lah cepat-cepat lepas habis exam. Then ada pegi IV. Tapi macam haram sebab maybe salah aku jugak cari dari sumber yang picisan. Then cuba lagi n kerja tak lama pun then I quit. Sebabnya, mungkin mama tak suka kerja aku tu.. Mama taknak aku pergi tempat yang dia rasa tak selamat n tak terjamin tapi aku degil, nak jugak pergi.. Then barulah aku faham, apa-apa pun keizinan ibubapa tu penting..huhu...
Kalau dapat kerja yang terjamin maybe aku terus kerja. But kalau bukan rezeki bekerja, maybe aku sambung belajar lagi. Masih muda kan...behehe..
Tulah, aku nak merancang sangat pun, belum tentu perancangan aku tu terbaik untuk aku. Aku reda jer. Dah berusaha. Tawakal. Kadang kita berusaha sungguh-sungguh pun, kalau Tuhan kata tak, tetap tak. Siapalah kita nak halang or tentukan.
Rezeki kita, kita tak tahu..Tapi rezeki tu kan luas. Tak semestinya wang ringgit. Kesihatan, ibu bapa, keluarga pun rezeki jugak.
Apa-apa pun aku nak tunggu wedding abang aku selesai dulu then baru boleh free kemana-mana. Sekarang ni banyak nak fikir. Nak tolong mama aku apa yang patut. Mama suruh aku jadi orang kanan dia uruskan wedding abang aku. First time kan,. Sekarang pun dah busy, but after the wedding I will get my freedom yahuuuu...
So sekarang diploma ni dah boleh buat pekasam haha.. No lah. Simpan ditempat yang sepatutnya dan guna bila perlu. I hope I can be someone yang beneficial buat family aku. Meski bukan wang ringgit, tapi tenaga pun not bad jugak kan? (T_^)
Alright. Nak dengar muzik pulak.
Goodnight. #muahciked
No comments:
Post a Comment